Tentang Tarikan Ini :
Kat Langkawi sebenarnya ramai pelancong Cina. Dan mungkin disebabkan merekalah, dibuat Gua Maha ini.
Tempat kecil ini dibuat macam gua. Tapi sebenarnya ia tempat khas untuk pamerkan semua produk berasaskan sarang burung layang layang.
Sebelum datang, pastikan duit tebal. Sebab barang berasaskan sarang burung layang-layang bukannya murah.
Kawasan Proses
Kat sini juga ada tempat memproses sarang burung. Boleh lah tengok dengan mata sendiri kalau betul-betul berminat.
Bak kata orang, apa yang dijual kat sini memang datang khas dari ‘ladang’.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Jenis Sarang Burung Kat Sini
Ada 2 jenis gred sarang burung yang dijual kat sini.
Yang lebih murah, sarang burung yang datang dari tempat buatan manusia — iaitu menara burung kat dalam kawasan ini. Yang mahal, yang asal, dari gua.
Apapun, untuk kebanyakan orang Melayu, ini bukan tarikan Langkawi yang wajib dituju.
Agak Terpencil
Macam tarikan kecil-kecilan Langkawi, ia terperosok dari jalan besar. Jangan datang petang atau senja.
Harga Tiket
Percuma
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10 pg – 6 ptg