Tentang Tarikan Ini :
Gua sepanjang 3km ini dulunya tempat orang di sini melombong timah.
Masa zaman perang, ini jadi tempat menyorok dari askar Jepun.

Kredit : peaksoutdoor
Bila habis zaman perang, komunis pula jadikan gua ini jadi laluan rahsia depa lari dari askar Melayu.
Gua yang sejuk ini sekarang ada platform, lampu dan tempat letak kereta.
Dan walaupun ini gua, ia dah dibuat supaya mesra kanak-kanak dan anda yang kurang cergas. Pendek kata, kalau setakat nak masuk tengok gua, anda boleh pakai kebaya tak perlu pakaian sukan dengan kasut khas untuk masuk sini pun.

Kredit : annahasan_
Jenis Pakej
Kalau anda datang dengan baju biasa dan cuma nak tengok apa ada di dalam, anda boleh ambil pakej Golden Flowstone. Ini pakej paling murah dan mudah.

Kredit : useliza
Anda bakal dibawa guide dari pintu masuk sampai ke Platform 3. Itupun sudah cukup buat ramai mengah dan sakit lutut.
Pakej paling murah ini 40 minit lamanya. Anda bakal tengok tempat melombong timah dalam gua, sampailah naik 60 meter dari paras tanah.
Belum cukup? Tak mengapa.
Kalau begitu, pilih pakej Top Of the World. Kita tengok, anda kuat tak panjat 600 anak tangga. Tinggi gua? 100 meter dari tanah.
Kalau anda suka yang lasak, tak kisah merangkak tempat sempit, bergelumang dengan najis kelawar dan basah lencun, anda boleh ikut Tour 3 & 4 yang ada River Adventure.
Yang ini, orang ikut tangga, anda ikut sungai.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In Warganegara | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
GF ( Tour Kering) | 8 | 4 |
TOW ( Tour Kering) | 12 | 8 |
TWR (Tour Basah) | 15 | 7.50 |
GT (Tour Basah) | 30 | 15 |
Beli Tour Tarikan Ini | ||
Nota : Tour bermula 9 pg, dan trip terakhir pada 4 ptg. | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2023 |