Gunung Agung

Anda suka mendaki? Jika ya, gunung berapi Bali setinggi 3,031 meter di atas paras laut ini bersedia untuk ditawan.

Tetapi berbeza dengan Gunung Batur di Kintamani yang boleh didaki oleh kebanyakan orang, mendaki Gunung Agung bukan satu tugas mudah.

Anda memerlukan sekurang-kurangnya 5 jam untuk menawannya, dan 4 jam untuk turun. Masa ini diambil kira jika anda hanya berehat sebentar-sebentar dalam perjalanan yang mencabar.

Jika anda tidak mahu mendaki ke puncak tetapi mahu hanya meneroka kawasan sekitar, anda juga boleh mencari juru pandu untuk aktiviti jungle trekking di kaki gunung.

Tips Pendaki

1. Masa terbaik untuk mendaki ialah pada musim kering, sekitar April ke Oktober. Waktu awal tahun kurang sesuai kerana ia musim hujan, menyebabkan kawasan berbatu di Gunung Agung berbahaya untuk pendaki.

2. Di gunung inilah terletaknya Kuil Besakih, iaitu kuil terpenting di Bali.

3. Dapatkan jurupandu sebelum mendaki. Selain membereskan sumbangan yang perlu dibuat kepada pihak kuil sebelum pendakian, mereka juga bakal membantu anda mengenal pasti laluan yang sesuai dengan masa dan keadaan anda.

Kos Mendaki/Permit

1. Kos jurupandu adalah sekitar Rupiah 400000 (~$40) ke Rupiah 1000000 (~$100). Anda dinasihati membuat tempahan awal sebelum datang ke Bali.

Letusan Gunung Agung

1. Gunung ini masih aktif. Tetapi letusan terburuk adalah pada 1963, membunuh kira-kira 1500 penduduk dan menghancurkan kira-kira 100 meter batuan di puncak gunung.