Isi Kandungan :
Di atas kawasan gunung Batur, terdapat sebuah tasik semulajadi yang dinamakan Danau Batur — tempat suci yang dikatakan kawasan tempat tinggal Batara Dewi Ulun, atau dewi tasik. Dewi ini dipercayai oleh orang Bali sebagai penjaga kelansungan mata air di seluruh pulau.
Di gunung ini juga terdapatnya sebuah kuil yang dipanggil Pura Ulun Danu Batur. Kuil Hindu yang pernah rosak akibat letusan gunung berapi ini dibina khas untuk memuja Batara Dewi Ulun, dan dikatakan antara pura tertua di Bali.
Apa yang menarik lagi, di kuil ini terdapat seorang gadis yang dijaga oleh 24 teruna yang diambil sejak kecil untuk berkhidmat sebagai sami seumur hidup di sini. Gadis ini dikatakan adalah jelmaan dewi yang dipuja penduduk kawasan ini.
Mendaki Gunung Batur
Jika anda tidak mahu duduk melihat gunung Batur dari jauh, tapi ingin mendakinya, anda boleh.
Pendakian selama 2 jam ke puncak tidak sesukar mana. Namun begitu anda diwajibkan untuk menggunakan hiking guide yang menunggu pendaki-pendaki di bawah. Kumpulan ini kerap digelar Mafia Gunung Batur kerana cukup agresif dan memonopoli kawasan ini.
Tips Pengunjung
Bersedia untuk berjumpa kumpulan warga Bali yang agresif, kasar dan tidak langsung mempunyai budi bahasa dengan pelancong.
Jika anda tidak mahu mendaki, anda mungkin dipaksa membayar wang untuk hanya berjalan-jalan di kawasan ini, oleh kumpulan yang sama
Suhu di kawasan gunung ini jauh lebih sejuk dari dibawah. Bersedia dengan baju sesuai.
Kawasan gunung di sini berbatu dan berkerikil. Walaupun pendakiannya tidak curam, batu-batuan menyukarkan pendakian tanpa kasut mendaki yang baik.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10pg – 3 ptg (kecuali pada hari Nyepi)
Yuran Mendaki
Rupiah 300000 (~$30) ke Rupiah 400000 (~$40)
Tiket Masuk Pura Ulun Danau Batur
Rupiah 10000 (~$1)
Kredit : Adi Alghanem