Gunung Kawi

Jika anda masih muda dan tidak kisah memanjat anak tangga untuk melihat tinggalan kuil atau candi dari abad ke -11, datanglah ke Gunung Kawi Bali.

Gunung Kawi - tempat menarik lagi bersejarah di Gunung Kawi

Berbeza dengan candi lain, binaan di sini dipahat dari dinding gunung. Dan oleh kerana ia separa ditinggalkan, memasuki kawasan ini terasa seperti memasuki kawasan purba dalam filem Indiana Jones.

Dikelilingi mata-mata air, kolam ikan dan udara yang sejuk, anda mungkin tidak terasa penatnya. Pemandangan sawah padi dan bukit yang mengelilinginya juga merupakan bonus bagi pendaki.




Tips Pengunjung

1. Anda perlu memakai kain penutup yang boleh didapati selepas tempat pembayaran tiket. Kain ini percuma. Tidak perlu beli dari penjaja di luar candi.

2. Ada sekitar 300 anak tangga yang anda perlu naiki atau turuni

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 6 ptg (kecuali pada hari Nyepi)

Tiket Masuk

Rupiah 6000 (~RM1.8)

Kredit :  Linkis, Chensiyuan