Isi Kandungan :
Hanya 30 km jauhnya daripada Muar dan hampir dengan jalan besar, tempat ini sering dikunjungi bukan sahaja kerana gunungnya, akan tetapi kerana kawasan perkelahan air terjunnya. Jangan terkejut kerana jumlah pengunjung sehari pada waktu hari cuti boleh mencecah 5,000 orang.
Untuk mereka yang mahu bermalam dalam suasana hutan tetapi dalam keadaan selesa, ada resort kat Gunung Ledang dengan 60 chalet dan 30 kabin hutan.
Mendaki Gunung Ledang
Anda sebenarnya boleh mendaki gunung ini dan pulang semula ke kaki gunung tanpa perlu bermalam di sini. Ini kerana jarak perjalanan anda ialah kira-kira 5-6 jam.
Pendakian walau bagaimanapun perlu bersama guide Taman Negara.
Waktu paling lewat mendaki bermula pada pukul 8 pagi.
Kalau anda tidak mahu naik sehingga ke atas, anda boleh mendaki sehingga ke Air Terjun Puteri yang mengambil masa kira-kira 30 minit pendakian dari Gunung Ledang Resort.
Tips Pengunjung
- Kalau anda cuma nak ke tapak air terjun, masuk ikut gate A.
- Kalau untuk mendaki, sila ke gate B (Taman Negara)
- Walaupun dalam kawasan Johor, Gunung Ledang ini sebenarnya dekat dengan sempadan Melaka (1 jam 45 minit) berbanding Johor Bharu (2 jam 45 minit).
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Tiket Masuk | 1 | 0.50 |
Yuran Mendaki Warganegara Malaysia | 152 | Tiada Info |
Yuran Mendaki Pelancong Asing | 218 | Tiada Info |