LAYAN VIEW
Sambil Layan Laut
Juga dikenali sebagai The New Esplanade, kawasan tepi laut ini popular bukan sahaja kerana kawasan gerai makannya, akan tetapi kerana anda boleh berjalan di siar kakinya sambil merasa angin laut.
Semasa matahari mula terbit dan senja berlabuh, ia jadi tempat jogging sambil layan view laut.


SHOPPING
Dan Makan
Nak shopping? Boleh. Sebab laluan Gurney ini ada Gurney Plaza dan Gurney Paragon Mall yang moden dan siap dengan panggung wayang.
Lapar? Masuk ke Pusat Penjaja.
Pendek kata, kalau anda datang dengan keluarga dan mahukan rojak, pasembur dan char kue teow di Penang waktu malam, ini antara tempat yang mungkin ingin anda timbang-timbangkan.
Lagipun boleh rasa angin laut malam Penang sama-sama.
Tempat yang cantik, luas, seronok buat lepak.
Tapi bila tengah hari panas sikit sebab pohon belum banyak lagi, maybe 2025 dah oke lah sejuk.
Lagi best pergi pagi atau petang, tapi jem teruk bila hari cuti.
So, bila naik grab kena order awal sikit, jangan malam sangat.
Playground cantik dan luas tapi macam biasa masalah parking OKU disalahguna.
Stack tower juga digunakan oleh mereka yang umur lebih 12 tahun. Harap pihak MBSP dapat ambil tindakan tegas utk menjaga playground ini.
Puntung rokok merata. Udara bau busuk macam bau tandas. Bayaran parking mahal rm4.50
Sesuai pergi waktu malam, tak panas dan pasang lampu cantik.
Taman permainan: Perlu ada pengawasan ibu bapa, kanak bawah umur 4 tahun tak dicadang utk bermain.
New experience datang waktu malam. Angin laut tenang 😊 Tengok lampu2 bangunan cantik betul la. Hilang stress. Punyalah ramai, meriah macam pukul 5 petang 🤣
Definitely for someone yang suka berjalan. Tak tahu berapa jam boleh habis pusing tapi best boleh bawak families, kids jalan2 ambil angin 😍
Ada tempat main jugak. Definitely akan datang lagi. Apapun, sila jaga kebersihan dan jangan bagi rosak ye 😁 Jangan buang sampah merata-rata.