Hello Kitty & Thomas Town

RM85.00

Anak kecil tak tahan panas Legoland? Jom pergi layan Hello Kitty & Thomas kat taman tema yang ada aircond ini.

Penting
Tarikan ini telah ditutup pada 31 Disember 2019
Anggaran Masa Utk Aktiviti
45 – 90 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 85 per pax
Lokasi
Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, Johor

Ditutup sementara / kekal

YG PERTAMA

Kat Luar Jepun

Kalau anda si bapa, anda mungkin menguap besar. Tapi jika anda anak kecil peminat Bob the Builder atau wanita yang sukakan Hello Kitty, ini mungkin lebih menyeronokkan dari Legoland.

Bandar Hello Kitty ini adalah bandar pertamanya di luar Jepun. Di sini, anda boleh masuk sendiri ke dunia Hello Kitty β€” dari bilik Kitty hinggalah ke Secret Closetnya.

Peluang berselfie memang banyak. Dan kalau itu belum cukup, anda juga boleh membuat aksesori wanita anda sendiri atau makan makanan bertemakan Hello Kitty yang pink, pink, pink.

THOMAS TOWN

Utk Anak Lelaki

Untuk anak lelaki di bawah 5 tahun yang biasa dengan Bob the Builder atau Barney, tempat ini bakal buat mereka tersenyum.

Kalau di TV mereka hanya boleh melihat Bob, di sini mereka boleh menolong Bob di Bobsville.

Untuk peminat Thomas and Friends dan Pingu β€” pun tiada masalah. Ada banyak tarikan yang bukan sahaja boleh dilihat, tapi juga dinaiki.

Contohnya bumper car!

Tiket Hello Kitty

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)Per Pax
Hello Kitty85
Thomas Town85
Kombo: Hello Kitty + Thomas Town125

Tips Pelawat

  • Anda boleh membeli tiket berasingan untuk hanya ke salah satu taman tema ini.
  • Tempat ini hampir dengan Legoland dan ada shuttle ke Legoland dari sini.
  • Tempat ini jauh lebih kecil dari Legoland dan ia seperti sebuah taman permainan dalam dewan berhawa dingin macam taman tema Angry Bird. Kalau nak yang lebih besar, boleh jenguk MCM Studio Cartoon Planet.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Hello Kitty & Thomas Town Hello Kitty & Thomas Town
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)