RUMAH KEDAI
Zaman Dulu
Rumah kedai lama ini ditukar oleh sekumpulan warga emas menjadi sebuah kediaman zaman dulu, lengkap dengan bilik tidur, ruang makan dan kedai kopi.
Di dalam rumah 3 tingkat juga terdapat taman mini, ruang tamu peribadi dan kawasan potong rambut.


PENUH
Barang Lama
Kalau anda sukakan sejarah, barang antik dan nostalgia dulu-dulu, rumah ini bakal menggamit nostalgia zaman silam dalam pekan ‘koboi’ ini.
Dan kalau anda kaki selfie atau pengantin yang buntu mencari lokasi bergambar, rumah ini juga punyai sudut menarik untuk anda berposing puas-puas.