Bas hop on hop off ini dulunya popular di kalangan pelancong luar.
Tapi sejak akhir-akhir ini, orang Malaysia pun ikut join sama.
Sebab ia bawa anda teroka kawasan dalam bandaraya dan boleh turun naik ikut suka.
Dan boleh naik siang — ataupun malam kalau nak lebih sejuk dan selesa.
Tengok Tarikan & Suasana
Untuk anda yang sekali sekala ke KL, dan memang nak jelajah sebanyak mungkin tarikan kat KL, bas yang tak berbumbung ini sebenarnya antara mode pengangkutan yang ideal.
Sebab ia pergi ke lokasi yang bukan laluan tren (macam Istana Negara).
Untuk naik dan turun layan tempat tarikan ( macam KLCC, Bukit Bintang, Taman Burung dan Muzium Negara contohnya) anda ambil bas Hop on Hop Off waktu siang.
Tapi kalau nak ronda keliling KL dan layan suasana lampu malamnya, anda ambil bas Night Tour.
Lokasi Tempat Naik Turun (Trip Siang)
Bas ini berhenti di 19 kawasan-kawasan tarikan penting dalam KL.
Jadi bolehlah turun, layan tarikan yang anda suka, dan bila selesai, naik semula bas Hop On Hop Off di stesen yang ada dan teruskan lawatan sampai tamat waktu operasinya.
Antara lokasi tarikan penting dalam KL yang ada dalam kawasan bas Hop On Hop Off termasuklah :
- Bukit Bintang
- KLCC
- Taman Burung KL
- Menara Kuala Lumpur
- Muzium Negara
- Central Market / Petaling Street
- Tasik Titiwangsa
- Bangunan Sultan Abdul Samad
Jenis Pas (Trip Siang)
Bas Hop On Hop Off untuk siang hari ada 2 jenis tiket (atau dipanggil pas).
Kalau anda nak ronda 1 hari, beli pass 1 hari / 24 jam.
Tapi kalau ada masa lebih dan memang nak ronda ke hampir semua tempat menarik, boleh beli pass 2 hari / 48 jam.
Kedua-dua pass ini membolehkan anda naik dan turun tanpa had, selagi tempoh pas anda masih sah.
Bas siang selalunya beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Lokasi Ronda (Trip Malam)
Untuk layan angin malam pula, boleh ambil City of Light Night Tour.
Trip ini 2 jam lamanya.
Ia bermula kat Bukit Bintang, dan anda akan dibawa ke kawasan KL yang penuh cahaya.
Antaranya kawasan River of Life, Bangunan Sultan Abdul Samad, Chinatown dan Istana Negara.
Bas akan berhenti seketika di kawasan tumpuan ini untuk anda layan dan bergambar seketika.
Bila habis ronda, bas akan pulang semula ke tempat perhentiannya di Bukit Bintang.
Trip selalunya bermula pukul 8 malam.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In (RM) | Dewasa | Kanak-Kanak |
---|---|---|
Pass Siang 24 jam | ||
Warganegara | 30 | 20 |
Pelancong Asing | 60 | 30 |
Pass Siang 48 jam | ||
Warganegara | 40 | 25 |
Pelancong Asing | 90 | 43 |
Beli Tiket Hop on Hop Off KL | ||
Tour Malam | ||
Warganegara | 35 | 20 |
Pelancong Asing | 65 | 30 |
Beli Tiket Night Tour | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 25 Jan 2023 |