ansaa hotel bukit bintang

Hotel ANSA

Bilik moden dan simple -- cukup ideal untuk solo traveller yang mahu bilik ringkas di Bukit Bintang.

Bermula sebagai sebuah restoran Itali, hotel ANSA ini dibina di mercu tanda KL terkenal – Bintang Walk yang sibuk dengan pejalan kaki sepanjang hari.

Ia terletak di antara pusat membeli belah Lot 10 dan Star Hill Gallery, dan menghadap pusat membeli-belah Pavillion.

Pendek kata, kaki shopping yang menginap di sini tidak perlu menjinjing beg jauh-jauh kerana tempat untuk berbelanja hanya berada di hadapan mata.

lobi ansa bilik ansa bukit bintang kl

Ulasan Hotel Ansa

Yang Baik

  • Lokasi. Ia antara hotel di Bukit Bintang yang terletak betul-betul di tengah-tengah kawasan shoppingnya.
  • Bilik-bilik moden bertema laut yang bersih.
  • Dekat dengan ANSA Walk — laluan dengan kedai pastri dan minuman seluruh dunia (dari Jepun ke Thailand).
  • Dekat dengan stesen tren RapidKL.
  • Bas pelancong Hop on Hop Off hanya di luar hotel.

Yang Buruk

  • Bising di waktu petang kerana ada kelab malam di sebelah hotel ini.
  • WIFI agak perlahan.
  • Tiada kolam renang.

Tips

  • Minta bilik di tingkat yang lebih tinggi jika anda mahukan bilik yang lebih senyap.

Dalam bilik

  • Kemudahan membuat kopi/teh.
  • Kunci bilik elektronik.
  • Mini- bar.
  • Penghawa dingin yang dikawal individu.
  • Telefon IDD.
  • TV

Pengangkutan Awam Berdekatan ANSA Hotel, KL

  • Stesen Monorel Bukit Bintang (240 meter) 3 minit berjalan kaki

Harga Bilik

Dari RM 350

Harga BiasaRM 180 ++
Tempah
Tempah

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan