g tower kuala lumpur room

Hotel GTower

Hotel G Tower ini cuma 5 minit berkereta ke KLCC. Tapi suasananya lebih tenang dan senyap dari kebanyakan hotel di kawasan segitiga emas ini.

Dibina di dalam 3 tingkat bangunan perniagaan, hotel moden ini siap dengan kolam renang, gimnasium dan adalah hotel hijau pertama di Malaysia.

Lokasinya pun strategik sebab ia terletak dekat dengan pusat membeli belah The Linc, Menara Citibank dan stesen tren LRT Ampang Park.

Bilik-bilik di sini mewah — dengan katil bersaiz king atau twin, pilihan jenis bantal dengan pillow menu serta bilik mandi yang dilengkapi dengan TV LCD.

g tower room kl g tower swimming pool g tower dining

Anugerah Dimenangi

  • Hotel Independent Terbaik — Hospitality Asia Platinum Awards 2010-2012

Ulasan Tentang Hotel G Tower

Yang Baik

  • Dekat dengan stesen LRT Ampang Park dan restoran Mcdonalds.
  • Kemudahan bilik cukup moden.
  • Ada foodcourt di ruangan bawah tanah hotel.
  • Gimnasium yang lengkap.
  • WIFI percuma

Yang Buruk

  • Ada kod pakaian untuk sarapan pagi.
  • Agak jauh jika berjalan kaki dari KLCC ke sini.

Tips

  • Minta bilik dengan pemandangan taman dan bukannya pemandangan jalan. Hingar bingar lalu lintas mungkin menjadi masalah pada waktu puncak.

Dalam bilik

  • Televisyen LCD 37 inci dan televisyen LCD 19 inci di bilik mandi
  • Semua tetamu hotel diberikan akses penuh ke The Club
  • Kemudahan membuat kopi dan teh
  • Akses internet berwayar dan tanpa wayar percuma
  • Meja kerja Eksekutif
  • Bar mini
  • Pengering rambut
  • Sistem Televisyen Protokol Internet
  • Sistem Telefoni Protokol Internet
    Stesen dok iPod
  • Seterika & papan seterika
  • Bilik mandi yang luas dengan pancuran mandian hujan
  • Kabel VGA untuk sambungan notebook skrin televisyen atas permintaan

Pengangkutan Awam Berhampiran G Menara KL

  • Ampang Park RapidKL LRT (280m) 4 minit berjalan kaki

Tarikan Sekitar Hotel G Tower

Harga Bilik

Dari RM 330

Booking.comLihat Harga di Booking
Agoda.comLihat Harga di Agoda    

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan