Hutan Bandar

Tarikan Percuma

Kalau poket anda kurang sihat, mungkin anda mahu datang berehat di Hutan Bandar sahaja.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 90 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Tasek Utara, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

UNTUK FAMILY

Santai Percuma

Jika anda datang dengan anak-anak, taman tema bakal merosakkan akaun bank anda.

Jadi ini alternatifnya.

Selain berjogging dalam taman redup, anda boleh lepaskan mereka untuk mandi di kolam buatan dan bermain di taman permainan.

Cuma kelakarnya, tempat ini bukannya terkenal sebab ianya tempat jogging atau bersiar-siar yang happening.

hutan bandar

hutan bandar

PORT MAKAN

Sarapan Hingga Supper

Tempat ini terkenal kerana adanya food court untuk sarapan yang juadahnya sedap-sedap.

Bila malam pun ada kawasan food truck.

Jadi anda ada 2 sebab ke sini.

Pertama, untuk jogging.

Kedua, untuk makan-makan.