Hutan Lipur Kuala Woh

RM2.00

Ini tempat nak mandi sungai dan juga layan mata air panas kat tempat sama.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 3 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 2 untuk 1 kereta
Lokasi
Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak

Add to Cart
kuala woh perak @khairulnizamhisham
Hutan Lipur Kuala Woh
RM2.00

DUA JENIS

Panas dan Sejuk

Hutan Lipur Kuala Woh dekat Tapah ini special.

Sebab selain ada kawasan sungai yang landai dan mesra anak, ia juga ada kawasan mata air panas.

Dan kalau anda sudah biasa ke kolam air panas Malaysia yang biasanya dalam kolam, yang kat sini keluar dari celah pasir dalam sungai.

Jadi anda boleh rasa air di kaki anda panas, dan air di permukaan pula sejuk.

hutan lipur kuala woh
Kredit : mi3ydx

MESRA ANAK

Kawasan Terjaga

Dengan kawasan sungai yang cetek, arus yang sederhana, ia antara tempat berkelah keluarga yang kami suka.

Lagipun kat sini, nak parking mudah.

Bukan sahaja kereta, tapi bas pun ada yang datang ke sini dan boleh park di kawasan luar nya.

Senang cerita, ini antara taman rekreasi paling terjaga kat Perak.

Tiket Hutan Lipur Kuala Woh

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Tiket Masuk21
Kereta2/kereta
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 5 Apr 2022

Tarikan Kawasan

Untuk betul-betul rasa air panas, ada beberapa kolam kat sini.

Ada juga yang bawa telur untuk rebus untuk makan dengan mee.

Kat Kuala Woh juga ada kawasan yang banyak rama-rama Rajah Brooke. Tapi tolong jangan tangkap.

Ia antara sepesis rama-rama yang dikira susah dijumpai di dunia dan terancam. Ia juga spesies rama-rama kebangsaan untuk Malaysia.

Kat Kuala Woh, ada jambatan tergantung yang panjangnya dalam 30 meter. Bolehlah layan suasana atau bergambar untuk followers IG anda.

Penginapan

Kalau datang dengan member atau keluarga, dan nak tidur kat sini, boleh.

Ada hut dan chalet untuk disewa. Kalau nak berkhemah tempatnya pun ada. Cuma anda kena tanya pejabat hutan daerah untuk menempah.

Kuala Woh vs Lubuk Timah

Hutan Lipur Kuala Woh dan Lubuk Timah kedua-duanya dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

Kuala Woh ini anda jumpa kalau anda ke Cameron ikut laluan Tapah.

Lubuk Timah pula kalau anda ke Cameron ikut laluan Simpang Pulai.

Lubuk Timah juga lebih popular sebab lebih dekat dengan kawasan pekan Simpang Pulai. Akan tetapi air di Lubuk Timah, walaupun paras betis dan pinggang, lebih deras dari di Kuala Woh.

Tips Pelawat

  • Kalau anda nak tidur kat sini, makanan bawa cukup. Sebab tak ada tempat makan dalam kawasan ini. Dan tempat makan atau kedai terdekat pun agak jauh keluar dari kawasan ini.
  • Tempat ini dekat dengan laluan Cameron Highlands – Tapah. Kami beritahu kalau-kalau anda nak singgah bila balik dari cuti di Cameron, buat rendam kaki yang kejang sebab jem kat atas itu.
  • Kalau anda tak mahu melencong semata-mata untuk layan sungai, ada Lata Iskandar yang di tepi laluan Tapah-Cameron juga.
  • Sila bawa bekas isi air. Kat sini ada waktu tertentu yang tandasnya mungkin tiada air.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Hutan Lipur Kuala Woh Hutan Lipur Kuala Woh
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)