hutan lipur sungai tua

Kredit : shivaniwuppuluri

Hutan Lipur Sungai Tua

Ini kawasan layan sungai tenang-tenang kat area Ulu Yam.

Tentang Tarikan Ini :

15 km dari Batu Caves ada kawasan sungai untuk antara cerahkan kepala, layan BBQ ataupun randuk sungai dengan keluarga.

Sungai kat sini secara amnya cetek. Jadi tak risau lemas.

Cuma kalau nak menyelam, memang tak puas.

Air kat sungai Tua ini lazimnya jernih.

Arus pun tenang kalau untuk hari biasa (bukan hari dan musim hujan).

Cuma kat sesetengah kawasan ada banyak batu dalam kawasan sungainya.

hutan lipur sungai tua

Kredit : nazimmalek_

Jadi anda masih perlu masuk ke dalam sungai kalau datang dengan anak kecil, dan hanya dapat port sebegini.

Pondok kat tepi Sungai Tua ini ada beberapa jenis.

sungai tua eco forest

Kredit : thibanthiba

Ada yang tak ada tempat duduk supaya anda boleh hampar tikar, ada jenis yang datang dengan meja kecil dan ada yang siap tempat memanggang kat tepinya.

Pilih ikut keperluan anda.

Secara amnya, ini kawasan sungai yang sederhana. Boleh untuk lepaskan stress tapi tak sepopular Sungai Congkak atau Tekala.

Tips

  • Macam kebanyakan hutan rekreasi Malaysia, tandasnya ala kadar saja.
  • Kalau nak tukar baju dengan selesa, lebih baik bawa khemah saja.
  • Macam biasa, jangan datang bila musim hujan. Kepala air benda yang kena jaga-jaga. Papan tanda mengingatkan anda tentang ini pun ada dalam kawasannya.
  • Papan tanda kat sini pelik. Ada yang menamakannya Taman Negeri Selangor, ada Taman Eko Rimba Sungai Tua dan ada Hutan Lipur Sungai Tua. Semuanya kat lokasi berhampiran saja.

Harga Tiket

Jomjalan