Hutan Monyet Ubud - tarikan alam di Ubud, Bali Indonesia

Hutan Monyet Ubud

Hutan Monyet atau Hutan Kera Ubud ini sebenarnya adalah satu kawasan kuil-kuil Hindu di PadangTegal yang dipenuhi dengan kera.

Di kawasan pinggir hutan ini, bukan sahaja binaan kuil dianggap suci, malah tumbuh-tumbuhan dan pokok di sini juga dianggap sedemikian. Di sini, anda akan menjumpai pokok Majegan, yang digunakan hanya untuk pembinaan kuil dan pokok Berigin yang daunnya digunakan dalam upacara pengebumian mayat.

Kera yang dianggarkan berjumlah sekitar 500 ekor di sini dikatakan terbahagi kepada 4 kumpulan berasingan yang mempunyai kawasan sendiri. Agresif atau tidak mereka bergantung kepada layanan anda, dan nasib anda pada hari tersebut.

Jika semua berjalan lancar, pengalaman berjalan di dalam hutan sejuk sambil dikelilingi kumpulan kera dan patung suci Bali mungkin satu pengalaman yang tidak dapat anda lupakan.

Tips Pengunjung

Simpan objek seperti rantai, gelang, kacamata dan lain-lain yang menjadi tarikan kera.

Mereka yang berdarah tidak dibenarkan masuk (ini termasuk wanita yang sedang haid)

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8:30 pg – 6 ptg (kecuali pada hari Nyepi)

Tiket Masuk

Dewasa : Rupiah [currency base=IDR]40000[/currency]
Kanak-Kanak : Rupiah [currency base=IDR]30000[/currency]

Kredit : Ydcbalitour, Expedia

Jomjalan