Horse Valley Riding Academy kat Masai ini tempat orang Johor dan Singapore datang untuk santai berkuda, atau belajar menunggang. Dan kalau anda bercuti kat Johor dan nak merasa naik suka-suka, ini juga tempat yang murah untuk itu. Jaraknya dari pusat bandar JB pun tak sampai 20 minit memandu.
Disebabkan ia dibuka untuk orang awam, anda akan lihat kadangkala ada rombongan anak sekolah datang untuk joyride atau lawatan sambil belajar.
Tempatnya masuk ke dalam sedikit dari jalan besar. Tapi disebabkan ini, ianya lebih aman dan tempatnya bersih terjaga.
Senang cerita, kalau anda nak saja datang naik kuda atau nak belajar, HV Riding Academy antara tempat di JB yang perlu ada dalam hati.
Mengapa nak bawa anak naik carousel kuda mainan yang berpusing, kalau boleh naik kuda betul kat sini?
Tips Pengunjung
Tempat ini biasanya ada diskaun untuk kelas menunggang pada bulan Disember.
Waktu Operasi
Tutup Isnin
Tutup sementara setiap hari dari 11 pg – 4 ptg
Selasa – Ahad: 5:30 pg – 11 pg, 4 ptg – 7 mlm
Harga Tiket
Tiket | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Joyride | 10 | 15 |
Kelas Menunggang Hari Biasa | 100 | 100 |
Kelas Menunggang Hari Minggu | 150 | 150 |