I-City

RM40.00

(11 review)

Anak merengek nak rasa sejuknya salji? Ini antara tarikan malam yang best untuk anda dan family.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 3 jam
Harga Tiket Walk-In
Harga tiket I-City bermula dari RM 40 utk kanak-kanak dan RM 35 untuk dewasa (warganegara Malaysia).
Lokasi
i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Add to Cart
icity shah alam 600 1
I-City
RM40.00

LOKASI KELUARGA

Tarikan Malam

Tempat ini memang tempat kegemaran keluarga dan kanak-kanak di Shah Alam.

Tempat ini asalnya terkenal dengan pohon maple dan pine palsu dan bunga-bunga lampu LED pada waktu malam.

Tapi selain lampu-lampu, ada juga tarikan lain yang boleh anda layan. Contohnya rumah ais yang buat anda mahu keluar cepat sebab sejuknya ya amat.

Selain rumah ais ini, ia juga ada rides untuk anak-anak.

rumah ais icity shah alam

i city
Kredit :Β Eelyana

PATUNG LILIN

Figura Terkenal Dunia

Kalau nak bergambar dengan patung orang terkenal, masuk ke Red Carpet masa kat ICT nanti.

Tempat ini macam Madame Tussauds.

Jadi tak payah ke Singapore atau France untuk tengok saiz sebenarnya bintang-bintang dan orang ternama dunia.

MAIN AIR

Waterworld

Kalau anak mahu ke Sunway Lagoon, tapi bajet anda batuk-batuk, apa kata anda ke sini?

Taman tema air ICT ini tak besar mana. Cuma 10 ekar, tapi masih ada cukup tarikan untuk anak lepaskan geram mandi manda dengan anda.

Tarikan utamanya di sini ialah The Tornado.

Tunggangan ini perlukan 4 orang. Masanya cuma 28 saat.

Tapi puas menjerit sebab tiub getah anda akan menggelongsor ke dalam terowong air curam setinggi 7-tingkat.

i city

Tiket I-City

Tiket Promo iCity Shah Alam

Promo Online
Potongan Harga
7%Tempah
i-City5%Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara
Waterworld4035
SnowWalk6555
Red Carpet 210050
Pelancong Asing
Waterworld5045
SnowWalk7565
Red Carpet 2150100
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

11 review utk I-City

4.1
Berdasarkan 11 review
5 bintang
63
63%
4 bintang
18
18%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
18
18%
1-5 dari 11 review
  1. Management tolong buat something banteras orang merokok kat sini boleh tak? Budak ramai kot dan ada yang bawak baby. Bodoh la perokok yg takde otak ni.

    (0) (0)
  2. Boleh jalan- jalan untuk tengok lampu dan main untuk anak-anak. Cuma kalau datang hujung minggu bilangan orang agak ramai. Perlu berhati-hati dan peka dengan anak-anak yang kecil. …Lagi

    (0) (0)
  3. Ada indoor theme park baru.. nama tempat SPORTSTAR, dalam theme park jugok.. memang bes sbb anak saya berulang kali main sebab playground dia lain drp lain.. kids boleh panjat2, boleh melompat.. memang besss..

    (0) (0)
  4. Bad experience tonight. Before play games ingat nk makan dulu, tapi dkt kedai makan dah spoiled.. servis lambat makanan lambat&kurang memuaskan & kedai makan tk selesa.. terus baliklah dh tkda mood nak main games…tengok semua lampu jadi tawarrrrr hati setawar makanan tadi hurghhhh… and please laaaaa upgradeeee parking alamakkk masih guna cash & tng ke? πŸ˜…πŸ˜… ingat boleh debit πŸ˜…πŸ˜…nama dh gempak tapi hmmmmm tkda gempak mana ponn penat dtg dari jauhhhπŸ˜…

    (0) (0)
  5. Masuk free je, nak main yang kena bayar, semua bayar guna app icity…weekend kena beratur panjang sikit nak main permainan

    (0) (0)
Masukkan ulasan
I-City I-City
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)