Isi Kandungan :
Kalau sebut muzium 3D, ramai yang teringat muzium bergambar ini yang ada kat Penang, Melaka dan Langkawi.
Tapi sebenarnya Kuala Lumpur pun dah ada muzium untuk selfie dan posing sakan ini sejak 2015 lagi. Dan tempatnya kat Central Market saja.
Jadi kalau dah alang-alang singgah beli cenderamata, jenguklah sekejap muzium ini buat kenangan di IG.
Apa Ada Kat Muzium 3D
Muzium Ilusi 3D ini buat masa ini ada 36 lukisan 3D – dan diletak dalam 3 bilik. Boleh berposing dengan kaki Monalisa, ajak Darth Vader lawan pedang atau berlakon duduk tunggu tukang kasut tampal kasut yang tak siap-siap.
Yang bezanya muzium ini dengan kebanyakan muzium 3D kat Malaysia, yang ini ada Augmented Reality. Jadi kalau dah penuh gambar untuk IG, masuk ke kawasan Augmented Reality dan jumpa dengan pakcik dinasour dan anak-anaknya. Cuma dalam kawasan ini tak boleh bergambar, sebab mengganggu projector 3D nanti.
Augmented Reality yang sama juga ada kat Aquaria. Tapi tak sebanyak pilihan di sini.
Kalau dulu menjerit sebab pergi wayang tengok Jurassic Park, kali ini menjerit sebab Jurassic Park datang jerkah depan mata.
Amacam, kental nak masuk bila tengok tiket punya harga?
Muzium Hampir Sama
Muzium sebegini dah mula bercambah kat Malaysia. Kalau anda ada di sekitar Bukit Bintang, boleh juga jenguk Muzium Ilusi kalau ada masa dan duit.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 34 | 17 |
Pelancong Asing | 50 | 25 |
Beli Tiket Muzium Ilusi 3D |