KOLAM RENANG PERIBADI
Privasi Maksimum
Tak payah berebut atau segan-segan.
Setiap bilik ada kolam renang peribadi dengan pemandangan bandar KL yang mantap!
Anda atau anak-anak boleh berseronok berendam bila-bila masa saja.
Tapi kalau itu pun belum cukup best, hotel ini ada infinity pool dengan view KLCC untuk anda layan.


SUITE MEWAH
Staycation Best
Ada banyak pilihan bilik dari suite biasa ke penthouse—semua dengan interior moden dan selesa.
Kalau nak extra space, ada unit dua bilik tidur, sesuai kalau datang dengan family atau geng!
Selain kolam private dalam bilik, hotel ni ada kolam renang luaran, gym moden, dan restoran dengan menu international.
Tak payah keluar kalau malas, semua ada dalam hotel!
LOKASI DALAM KL
Dekat Utk Drive
Terletak di Jalan Kia Peng, hotel ini betul-betul dekat dengan Pavilion KL dan KLCC.
Nak shopping, lepak café hipster, atau bergambar di KL Tower?
Semua dalam radius santai.


ADA SKYDECK
Khas Untuk Tetamu Hotel
Ini dia highlight paling rare—platform kaca kat tingkat 51!
Special lagi, setahu kami ianya hanya open untuk tetamu hotel.
Berdiri atas ni, boleh nampak terus ke bawah, memang thrill habis!
Kalau tak sempat ke Skybox KL Tower, ini pun boleh jadi port OOTD atau view sunset KL yang padu.