BILIK MODEN
Hotel Cukup Welcoming
Setiap bilik kat sini direka dengan gaya minimalis moden, lengkap dengan katil empuk, ruang kerja, dan tingkap besar dengan view bandar.
Yang bestnya, anda boleh check-in seawal 12 tengahari* kalau bilik dah siap – tak payah tunggu sampai petang.
Minibar pun percuma*, jadi boleh layan minuman ringan tanpa caj extra.
(*tepat sehingga Mac 2025)


FASILITI LENGKAP
Pool dan Gym
Infinity pool kat sini memang best, dengan view bandar yang cantik untuk bersantai.
Ada juga kolam khas untuk kanak-kanak, jadi sesuai kalau datang dengan keluarga.
Poolside lounge pun ada kalau nak chill sambil minum kopi atau baca buku.
Kalau suka workout, gym kat sini ada aircond dan buka 24/7, senang untuk bersenam bila-bila masa.
Kalau lapar bila-bila masa, jangan risau – restoran dalam hotel ni buka 24 jam. Tak kisah tengah malam ke, lepas gym ke, order je terus!
DALAM MALL
Kalau Mampu Stay Lama
Walaupun hotel ini bukan di tengah bandaraya KL, ia dalam EkoCheras Mall.
Jadi senang nak cari makan, minum kopi atau shopping sikit.
Nak ke pusat bandar pun mudah sebab MRT Taman Mutiara cuma beberapa minit jalan kaki.
Parking berbumbung pun ada dalam mall, jadi kalau drive pun tak jadi masalah.
