Aktiviti
Dan kat sini, selain shopping, boleh juga beraktiviti.
Ada taman tema District 21. Ini taman tema lasak tempat orang muda dan cergas main flying fox, memanjat dinding dan bermain sementara mak ayah belek handbag dan jam di mall nanti.
Kalau tak suka yang extreme begitu, ada juga tempat main ice skating di Ice Scape. Ini tempat main luncur ais paling besar dalam Malaysia.
Boleh walk in main, dan boleh juga ambil kelas kalau mahu. Apapun bawa stokin dan sarung tangan kalau nak luncur ais supaya boleh jimat duit.
Untuk si ayah, kalau nak main golf dengan member, Palm Garden Golf Course pun dekat saja.
Kalau nak yang percuma, kat luar mall ini pun ada kawasan santai untuk keluarga jalan jalan ambil angin sambil layan air pancut.
Hotel Dekat
Yang bagusnya mall ini, bukan saja ia besar, tapi Hotel Le Meridien Putrajaya ada kat tepinya.
Hotel 5 bintang ini adalahΒ antara hotel best kat Putrajaya.
Sebab selain tepi mall, ia ada bilik yang moden dan juga pool besat untuk dilayan lepas penat berbelanja.
Review
Jadi yang pertama beri review