Ada Promo!

Tiket Island Hopping

Original price was: RM45.00.Current price is: RM40.00.

Jom naik bot layan pulau Dayang Bunting, mandi kat Pulau Beras Basah dan tengok helang makan kat tengah laut.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
4 – 5 jam
Harga Tiket
Harga tiket aktiviti ini berbeza-beza mengikut operator. Harga bermula dari RM 45 dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak (warganegara Malaysia)
Lokasi
Langkawi, Kedah

Add to Cart
antara tarikan pulau ini ialah island hopping langkawi - yg membolehkan anda melihat suasana laut dan helang di tengah laut
Tiket Island Hopping
RM45.00 Original price was: RM45.00.RM40.00Current price is: RM40.00.

LAWAT PULAU

Naik Bot

Bila anda ambil trip Island Hopping kat Langkawi, anda bakal naik bot.

Dalam trip ini ada akan tengok burung Lang Kawi makan kat tengah laut, singgah masuk kat Tasik Dayang Bunting dan juragan bot juga akan tinggalkan anda sekejap kat Pulau Beras Basah.

Trip ini seronok untuk anda yang tak pernah naik bot dan nak merasa merentas laut Langkawi dan tengok tasik air tawar yang penuh cerita lagenda.

Bila bot anda sampai di Tasik Dayang Bunting, anda boleh berjalan kaki terus ke tasik dan berehat.

Dan bila anda di Pulau Beras Basah, anda boleh mandi manda sebelum bot datang semula membawa anda balik ke jeti.

pakej tiket island hopping langkawi membolehkan anda naik bot dan layan suasana lautnya
Kredit : oderwij.sie
seorang pelancong duduk di tepi tasik dayang bunting langkawi
Kredit : okie.my

BERSEDIA

Trip Yg Ambil Masa

Anda boleh beli pakej island hopping di hotel, kawasan jeti dan dari agen kat Pulau Langkawi.

Kalau nak lebih murah, beli online.

Anda dinasihatkan membelinya paling lewat 1 hari sebelum hari lawatan.

Oleh sebab trip island hopping selalunya mengambil masa 3-4 jam, sila bawa makanan, minuman dan sunblock dengan anda.

Kalau anda ada beg kalis air, jangan lupa bawa. Banyak telefon yang rosak selepas trip kerana terkena air laut.

DAYANG BUNTING

Kawasan Riadah

Kalau anda tak bawa bekal makanan, ataupun nak merasa naik bot solar, berkayak semasa sampai kat Pulau Dayang Bunting, sila bawa duit lebih.

Dan kat Tasik Dayang Bunting, bermula tahun 2015, pelancong perlu bayar tiket untuk masuk, melainkan anda orang Langkawi (percuma).

seorang wanita sedang naik bot di tasek dayang bunting langkawi
Kredit : fldzhilyana_

untuk ke tasik dayang bunting anda juga boleh sewa satu bot untuk kumpulan anda sewaktu trip island hopping

BOT PERIBADI

Charter Satu Bot

Untuk trip island hopping, kalau anda datang dengan rombongan atau keluarga besar and boleh sewa 1 bot terus.

Jadi tak perlu bersama-sama dengan pelancong lain dalam bot.

Lebih memori, lebih selesa dan senang tak perlu menunggu lama semasa trip.

Tiket Island Hopping Langkawi

Tiket Promo

Promo Online
Potongan Harga
10%Tempah
10%Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)*DewasaKanak2
Warganegara4540
Pelancong Asing4540
*Tidak termasuk fee masuk ke Tasik Dayang Bunting
Harga tiket dikemaskini hingga : 2 Feb 2025

Fee Tasik Dayang Bunting

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara105
Pelancong Asing2010
Harga tiket dikemaskini hingga : 2 Feb 2025

Tips Pelawat

  • Trip ini ambil masa 4 jam atau lebih. Pastikan anda luangkan setengah hari untuk ini. Lepas balik dari island hopping pun dah letih sangat nak buat aktiviti lain.
  • Pakai sunblock dan topi sebab cuaca mungkin panas atau gerimis masa trip anda.
  • Bawa beg kalis air untuk letakkan telefon dan gajet. Kalau tak, takut masuk air masa anda dalam bot.
  • Pakai jaket keselamatan masa dalam bot. Jangan buat hebat.
  • Tepati masa dengan juragan. Kalau anda lambat, anda akan susahkan penumpang lain yang berkongsi bot dengan anda.
  • Jangan beri makan kera kat tasik Dayang Bunting. Kalau tak, takut anda dikerumun kumpulan kera nanti.

Snorkeling

Kalau nak snorkeling, ini bukan tempatnya bang.

Walaupun boleh main air, menyelam sikit-sikit semasa di pulau terakhir nanti, tempat terbaik untuk snorkeling masa di Langkawi ialah di Pulau Payar.

Cuma, seperti yang mana-mana kaki snorkeling dan scuba diving tahu, bajet kena lebih keras dari bajet island hopping.

Kalau mandi-manda biasa pun cukup, boleh teruskan tengok harga tiket island hopping saja.

Alternatif Lain

Satu alternatif kepada island hopping ini (kalau anda dah pernah merasa trip sama), ialah mangrove tour kat Sungai Kilim.

Kawasan ini antara tapak warisan dunia. Sebabnya simple. Kawasan ini umurnya lebih tua dari umur dinosaur.

Jadi nak merasa suasana alam purba, memang Mangrove Tour lebih cocok. Kalau nak thrill lagi, boleh layan kayak kat kawasan Sungai Badak.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Tiket Island Hopping Tiket Island Hopping
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)