PENGALAMAN BARU
Berkuda di Pulau
Kat tarikan Langkawi ini anda bukan saja dapat tunggang kuda kat tepi pantai, tetapi juga boleh redah hutan berdekatan dengan air terjun Telaga Tujuh dengan pelatih berpengalaman.
Kalau anda memang sudah biasa menunggang kuda, anda boleh pilih pakej meredah hutan sehingga ke pantai Kok.
Dengan pakej ini anda boleh layan kuda sambil tengok kapal berlabuh kat Telaga Harbor.


PELBAGAI PILIHAN
Pantai Hingga Hutan
Kalau anda tak ada masalah berbelanja, boleh ambil pakej 2 jam jungle trail.
Dengan kos sekitar RM 800++ , anda akan masuk ke dalam hutan dara di kaki gunung Mat Chincang.
Bukan sahaja anda dapat rasa seronoknya tunggang kuda, tetapi juga akan dapat tengok herba dan pokok-pokok ubatan yang ada di kawasan hutan ini.
Pengalaman pertama bawa anak berkuda diLangkawi sangat2 menyeronokkan dan puas hati💕💕💕
Pakej yg best n sgt berbaloi..
Masuk dan keluar hutan, canter di pantai.. view yg menarik..track yang mencabar .. terbaik !!! Pasti repeat