Istana Budaya

Terletak di sebelah Balai Seni Visual Negara, pusat kebudayaan berbayar ini merupakan antara 10 pusat teater terbaik di dunia.

Walaupun hanya ditubuhkan pada tahun 1999, ia telah berjaya mementaskan persembahan seni antarabangsa seperti The Merry Widow dan persembahan seni tempatan yang mencapai status pecah panggung seperti Konsert Musikal Puteri Gunung Ledang.

Tips

  • Lawati galeri pakaian tradisional Melayu. Pakaian berwarna-warni di sini merupakan sebahagian daripada kostum persembahan tradisional seperti Mak Yong, Ajat Bebunuh, Layang Emas dan Bambarayon.
  • Ambil angin di Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di belakang Istana Budaya. Atau lihat seni kontemporari Malaysia di Balai Seni Visual Negara yang terletak di sebelah bangunan (masuk percuma).
  • Ada persembahan yang menawarkan diskaun untuk kanak-kanak, pelajar, orang kelainan upaya dan warga emas.
  • Walaupun ia dibina dengan banyak anak tangga untuk meniru rumah tradisional Melayu Melaka, Istana Budaya mempunyai kemudahan kerusi roda untuk orang kelainan upaya. Ini termasuk laluan ke ruang legar, lif dan kawasan khas yang ditetapkan untuk golongan ini. Tandas untuk orang kelainan upaya juga boleh didapati di kedua-dua gerai dan kawasan bulatan besar.
  • Ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak dibenarkan masuk ke auditorium kecuali bagi persembahan waktu siang/pertunjukan untuk kanak-kanak.

Peta Ke Sini

Center map
Traffic
Bicycling
Transit