Tentang Tarikan Ini :
Dibina pada 1842 dan siap hanya 13 tahun, istana ini menelan belanja yang amat tinggi — iaitu dengan kos yang sama seperti nilai emas seberat 35 tan.
Untuk siling istana ini sahaja, 14 tan emas digunakan untuk lapisan terakhirnya. Ia mempunyai 285 bilik mewah, 44 dewan, 156 jam serta lampu kristal Bohemia terbesar di dunia yang dihadiahkan oleh permaisuri England di dewan tengahnya.
Sultan Abdulmecid yang pada waktu pembinaannya tinggal di Istana Topkapi mengatakan yang beliau mahukan istana yang mengikut trend terkini waktu tersebut — jadi binaannya dipenuhi emas dan kristal seperti istana Eropah dan jubin-jubin Uthmaniah dikurangkan.
Kristal digunakan di mana-mana, sehinggalah kepada tangganya. Senibinanya menggabungkan seni Baroque, Rococo, Neoclassical dan Uthmaniah.
Selepas siap, istana ini menjadi kediaman 6 orang sultan sebelum sistem beraja Uthmaniyah runtuh dan istana ini diletak di bawah kuasa Republik Turki. Ia seterusnya menjadi tempat Presiden Kemal Attaturk menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Maklumat Pengunjung
Hanya 3,000 pengunjung sahaja yang dibenarkan masuk setiap hari. Datang awal jika anda benar-benar ingin masuk ke sini.
Semua jam di sini dihentikan pada 9:05 sebagai memperingati waktu kematian Attaturk pada 9:05 pagi.
Waktu Operasi
Tutup pada Isnin dan Khamis
Selasa, Rabu, Jumaat dan Hujung Minggu : 9 pg – 4 ptg
Tiket Masuk
Kawasan Harem : [currency]20[/currency] Lira
Kawasan Selamik : [currency]30[/currency] Lira
Kredit : KLMircea