Istana Kenangan

Tarikan Percuma

Istana Kenangan yang terletak di Kuala Kangsar, dan tidak jauh dari Galeri Sultan Azlan Shah ini adalah contoh kerja tangan orang Melayu di zaman silam.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 30 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia

ISTANA RAJA

Buat Sementara

Dibina pada tahun 1926 untuk Sultan Iskandar Syah oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Encik Sepian, istana ini juga dikenali sebagai Istana Lembah disebabkan oleh lokasinya.

Ia dijadikan kediaman rasmi sementara bagi keluarga diraja Perak dari 1931 sehingga 1933, sementara menanti Istana Iskandariah siap.

Selepas siapnya istana baru ini, Istana Kenangan telah digunakan untuk majlis diraja dan sebagai tempat persinggahan tetamu diraja.

Mulai tahun 1986, fungsi istana ini telah ditukar dari istana kepada muzium diRaja Perak.

istana kenangan

istana kenangan

HASIL SENI

Orang Perak

Menariknya, istana dua tingkat ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Dindingnya diperbuat daripada tepas dan atapnya diperbuat dari kayu papan.

Jika dilihat dari atas, bangunan ini akan kelihatan seperti sebilah keris yang tersimpan dalam sarungnya β€” sesuai dengan fungsinya sebagai istana diRaja.

Walaupun ianya masih mempunyai bahagian-bahagian yang masih sama seperti waktu ianya adalah sebuah istana, alat-alat kebesaran di sini telah dipindahkan atas faktor keselamatan.

Barang Pameran

Kat sini ada bahan-bahan pameran.

Antara yang dipamerkan kat Muzium DiRaja Kuala Kangsar ini adalah :-

β€’ Sejarah Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan
β€’ Pertalian DiRaja
β€’ Pemilihan Sultan Perak Dan Fungsinya
β€’ Sistem Pemerintahan Kesultanan Perak
β€’ Alat-Alat Kebesaran DiRaja ( Regalia )
β€’ Nobat
β€’ Orang-Orang Besar Dan Fungsinya
β€’ Riwayat Hidup Sultan-Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
β€’ Pingat Kebesaran
β€’ Istiadat DiRaja
β€’ Bandar DiRaja Kuala Kangsar
β€’ Zaman Pemerintahan Kesultanan Sebelum Dan Selepas Kedatangan Islam

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Istana Kenangan Istana Kenangan
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)