LOKASI
Istiadat Diraja
Di sinilah upacara istiadat seperti perlantikan rasmi diraja, sambutan ulang tahun, pengurniaan pingat kebesaran dan sebagainya diadakan saban tahun.

Tarikan Percuma
Istana Maziah adalah istana rasmi bagi Sultan Terengganu. Walaupun tidak dibuka kepada orang awam, istana berdekatan Pasar Payang ini tetap menjadi mercu tanda penting Kuala Terengganu.
Anggaran Masa Utk Aktiviti
Harga Tiket
Lokasi
LOKASI
Di sinilah upacara istiadat seperti perlantikan rasmi diraja, sambutan ulang tahun, pengurniaan pingat kebesaran dan sebagainya diadakan saban tahun.
Istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1897 dan dibina bagi menggantikan Istana Hijau negeri ini yang dibakar semasa Perang Dunia ke-2.
Kebanyakan kayu yang digunakan untuk membina Istana Maziah diambil dari daerah Dungun.
Dan selain kayu, bahan lain yang turut digunakan dalam pembinaan istana ini adalah campuran kapur, tanah liat, garam, putih telur dan manisan.
Pembinaan istana ini tergendala buat beberapa ketika akibat dari masalah kewangan.
Akan tetapi istana ini akhirnya berjaya disiapkan pada bulan Ogos 1903, dengan diadakan upacara istiadat ‘naik istana’.
Selepas itu Istana Maziah telah beberapa kali menerima penambahbaikan ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan Sultan Ismail Nazaruddin Shah.
Seperti kebanyakan istana, di bahagian hadapan istana terdapat pintu gerbang yang cantik.
Pintu gerbang ini telah dibina sejak tahun 1887, ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.
Berdekatan pintu gerbang pula dibina panca persada yang dibina untuk upacara istiadat.
Review
Jadi yang pertama beri review