Istana Negara

Tarikan Percuma

(4 review)

Nak tengok istana kat KL? Jom jenguk istana negara

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

ISTANA BARU

Lebih Besar

Sejak 2011, istana negara telah berpindah ke kawasan ini dari istana lama yang asalnya merupakan rumah seorang taukeh Cina.

Istana baru di Kuala Lumpur ini luasnya lebih 8 kali ganda dari istana lama (yang sekarang ditukar menjadi muzium) dan menelan belanja RM 800 juta.

Kompleks bangunan sahaja bernilai lebih RM 600 juta manakala selebihnya adalah kos membina jalanraya dan persimpangan ke sini.

istana negara
Kredit : joginabit

LAMA DISIMPAN

Tapak Istana

Walaupun ia siap pada 2011, kerajaan sebenarnya telah menyediakan tapak untuk istana baru ini di lokasi sedia ada sejak 1976 lagi.

Ini kerana istana lama terlalu kecil untuk kediaman tuanku. Sewaktu itu, Balairong Seri terpaksa digunakan juga sebagai ruang makan dan ruang mesyuarat.

Dah namanya istana, tak mungkin lah rakyat biasa boleh masuk sesuka hati.

Aktiviti

Untuk marhaen seperti kita, bolehlah datang untuk bergambar, menjenguk dari jauh kediaman Yang Dipertuan Agong dan melihat pertukaran pengawal istana. Masa yang diambil untuk berada di sini selalunya sekitar 10 minit.

Kalau nak tengok bahagian dalam, boleh. Tapi bukan istana sekarang ini, tapi istana lama yang sekarang telah digazet sebagai muzium diraja.

Tips Pengunjung

  • Datang awal pagi atau petang. Kawasan depan gate istana sangat panas disebabkan ia sebuah dataran tanpa pokok.
  • Bawa topi atau payung kalau terpaksa datang tengah hari.
  • Ada 3 bendera di istana. Ada yang mengatakan jika bendera tengah (berwarna kuning) dikibarkan tinggi, ia bermaksud bahawa Ke Bawah Duli Tuanku berada di dalam negara (atau di dalam istana).

4 review utk Istana Negara

4.0
Berdasarkan 4 review
5 bintang
75
75%
4 bintang
0%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
25
25%
1-4 dari 4 review
  1. Polis di sini tak mesra muka agak ketat bersikap sombong. Polis senior tu patut ditumbukkan aje mukanya

    (0) (0)
  2. Istana Negara kebanggaan rakyat Malaysia. Mewah dan terasa kebesarannya.

    (0) (0)
  3. Kawasan depan istana panas terik.pada yang hendak datang dgn family di syorkan bawa payung.Anak2 suka boleh tengok kuda perang diam🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    (0) (0)
  4. Permandangan cantik di waktu malam.Diwaktu siang boleh ambil gambar di pintu hadapan istana.

    Ada pengawal berkuda dan pengawal pintu istana.Dibenarkan bergambar.Tempat parking kenderaan disedia kan untuk bas,kereta,van dan motorsikal.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Istana Negara Istana Negara
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)