Tentang Tarikan Ini :
Istana Topkapi — iaitu istana paling tua yang masih wujud di dunia dan yang paling besar di Istanbul ini sebenarnya ialah kediaman pemerintah Uthmaniah selama empat ratus tahun.
Istana Topkapi yang bermaksud Istana Pagar Meriam ini dibina oleh Sultan Muhammad Al Fatih dan luasnya mencecah 700,000 ekar serta dikelilingi pagar utuh sejauh 5 km. Di waktu kegemilangannya, seramai 4,000 orang menghuni istana ini.
Selain menjadi kediaman sultan, pusat kehakiman dan pusat pemerintahan, ia juga menyimpan perpustakaan dan universiti sultan — tanda kecintaan sultan empayar ini kepada ilmu dan hormat mereka kepada cerdik pandai dan ulama. Ia juga tempat menyimpan harta diraja serta jubah dan pedang Nabi Muhammad s.a.w serta barangan-barangan Nabi lain yang berada di dalam simpanan oleh sultan dan kerajaan Islam ini.
Walaupun ia tidak segah istana baru Dolmabahce, ia adalah tempat penting dan cukup bersejarah untuk umat Islam. Jadi pastikan anda lawat Istana Topkapi in.
Apa Ada di Istana Topkapi
Apabila ke Istana Topkapi, anda bakal terpesona melihat keindahan senibinanya di samping melihat pelbagai artifak zaman Rom Timur, senjata dan porcelin yang digunakan di istana Uthmaniah.
Selain itu, anda juga dapat melihat koleksi barang kemas, hasil seni dan berjalan-jalan di kawasan taman istana dan merasa sendiri pengalaman berada di kawasan yang dahulunya merupakan tempat berehat raja-raja dan kaum keluarganya.
Diubah Menjadi Muzium
Dua tahun setelah Empayar Islam Uthmaniah jatuh pada tahun 1922, istana ini dijadikan muzium oleh Mustafa Kemal Ataturk.
Waktu Operasi
Tutup pada Selasa
Rabu – Isnin : 9 pg – 5 ptg
* Anda dinasihatkan untuk telefon terlebih dahulu untuk menempah kerana tiket mungkin habis dimusim puncak.
Harga Tiket
Dewasa : Lira [currency base=”TRY”]20[/currency]
* Tambahan Lira [currency base=”TRY”]15[/currency] jika anda ingin melawat kawasan Harem ( harem atau haram bermaksud kawasan ini satu masa dahulu merupakan kawasan peribadi kaum perempuan dan lelaki ditegah memasukinya. Pengawalnya terdiri dari lelaki yang telah dikasi)
Kredit : Migowa, Enrique Freire