Jalan Braga - tempat menarik & free di bandung indonesia

Jalan Braga

Jika anda sudah puas menghabiskan duit dan ingin melihat bangunan bersejarah zaman Belanda di Bandung, jangan lupa ke Jalan Braga.

Suasana jalan ini hampir sama dengan zaman penjajahan kerana bangunan Art Deco lamanya kekal dengan cermin berwarna dan hiasan yang berusia ratusan tahun. Anda juga boleh melihat Ibu Pejabat Syarikat India Timur milik Belanda yang terkenal menjarah hasil bumi Asia dan membunuh ramai peribumi dengan kejam.

Di sini, anda boleh membeli gambar lama dan gambar bersejarah yang dihasilkan oleh pelukis tempatan atau berehat sambil menikmati panorama sibuk jalan Braga dari kafe yang ditatahias dengan meja dan kerusi lama.

Jika anda hanya mahu berbelanja elakkan Jalan Braga kerana hampir tiada apa yang menarik di sini. Tetapi jika anda cintakan sejarah dan bangunan lama, anda wajib ke sini untuk menikmati suasana zaman Belanda di Indonesia.

Kredit : Wikimedia

Jomjalan