Jalan Dago - tempat shopping menarik di Bandung

Jalan Dago

Tidak sah ke Bandung jika anda tidak ke Jalan Dago -- satu kawasan di utara Bandung yang mempunyai kedai Factory Outlet terbanyak di kota ini.

Tentang Tarikan Ini :

Juga dikenali sebagai taman budaya kerana mempunyai 2 teater, Jalan Dago popular kerana ia mempunyai hampir 10 Factory Outlet yang memang tidak akan dapat habis dilawati dalam masa sehari. Di sini anda bakal berjumpa dengan pakaian dari jenama Gucci, DKNY dan Gap untuk wanita serta Nike dan Timberland untuk lelaki.

Antara outlet FOS yang terkenal di sini adalah Donatello, Blossom dan JetSet yang menawarkan pelbagai jenis pakaian moden yang dikatakan lebihan eksport yang dijual dengan harga lebih murah dari di pasaran.

Dengan suhu relatif sejuk dan diteduhkan oleh pohon-pohon besar, berjalan dari satu FOS ke FOS yang lain bakal menjadi ritual membeli belah yang manis untuk mereka yang berwang. Tapi jangan habiskan wang anda membeli belah di kawasan Dago kerana ada beberapa lagi kawasan beli belah yang perlu anda kunjungi di Bandung.

Seperti biasa, walaupun setiap FOS menyediakan tempat letak kereta, terima kasih kepada AirAsia, bilangan pengunjung luar selalunya ramai sehingga kadangkala anda sukar mencari tempat meletak kenderaan jika datang dengan kereta sewa.

Nota

  1. Oleh kerana barangan di sini adalah lebihan eksport atau barang reject, belek habis-habisan pakaian yang ingin dibeli. Pastikan yang butang baju yang anda beli cukup dan zip seluar dan beg berfungsi.
  2. Jalan ini telah ditukar nama ke Jalan Ir. H. Juanda tetapi masih dipanggil Jalan Dago oleh orang tempatan dan pelancong.
  3. Pada setiap Ahad, dari 6pg hingga ke 10pg, jalan ini ditutup kepada kenderaan sempena Car Free Day

Waktu Operasi

9 pg – 9 mlm

Kredit : YesToTravelBlog

Jomjalan