Tentang Tarikan Ini :
Pendek kata, anda pasti rambang mata dan lenguh kaki berkunjung dari satu outlet ke outlet yang lain. Outlet seperti Heritage dan The Summit hinggalah ke Terminal Tas, kesemuanya bersedia mengosongkan poket anda dengan pantas dengan tawaran pakaian terkini berharga rendah.
Berbeza dengan Jalan Dago, di Jalan Riau ini anda bakal menemui pelbagai pakaian berjenama mewah seperti Versace dan Dior.
Barang Terpakai
Jika anda mahu mencari barang terpakai seperti baju dan kasut hinggalah ke raket dan alat muzik, jangan lupa singgah ke BABE (singkatan untuk Barang Bekas) — tempat nombor satu di Bandung untuk mencari barangan begini.
Jika BABE belum cukup, pergi ke Old New di jalan yang sama. Kedai yang sarat dengan barangan terpakai dan baru ini mempunyai klien bukan sahaja dari golongan biasa tetapi juga selebriti — dan anda boleh melihat sendiri foto mereka di dinding kedai.
Berbeza dengan FOS, anda boleh tawar-menawar harga di kedua-dua kedai ini.
Pendek kata, jika anda mencari barangan terkini atau barangan lama, anda perlu singgah ke Jalan Riau. Jika lapar, singgah saja ke mana-mana kedai makan di jalan ini. Tetapi kalau anda terasa rugi terpaksa berehat makan, beli saja snek Pisang Salai Keju yang popular sebagai lapik perut.
Waktu Operasi
Setiap Hari: 10 pg – 9 mlm
Kredit : TourHandling, PabrikTas