Isi Kandungan :
Seni dinding di Penang ini unik. Sebabnya gambar di sini ialah kisah hidup seharian masyarakat Penang.
Ada yang dibuat dengan penuh humor, dan ada yang penuh nostalgia — jadi gambar anda selalunya tak akan membosankan.
Tapi, sebab ia juga memaparkan sejarah sesuatu lorong atau kawasan di Georgeown, anda perlu rajin berjalan kaki. Itupun kalau anda mahu melihat kesemuanya sekali.
Kalau masa anda suntuk, pergi ke kawasan Lebuh Armenian sahaja. Kawasan ini ada 5 arca dan lukisan mural yang dekat antara satu sama lain.
Fakta Pelukis
Pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Loius Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens.
3 Tarikan Paling Top Kat Penang
Peta Penuh Street Art Penang

Kredit : www.flickr.com
Untuk peta penuh jalan-jalan yang mempunyai mural dan lukisan ini, muat turun dari laman Tourism Penang.
Hotel Bajet Berdekatan
Kawasan ini ada beberapa hotel bajet yang baik untuk solo traveller yang nak bergambar. Kami sarankan anda tengok senarai hotel bajet itu di sini.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 24jam
Harga Tiket
Percuma