Jambatan Angkat Terengganu

RM15.00

(3 review)

Bukan London saja ada jambatan ikonik, Terengganu pun ada weh!

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Harga tiket masuk bermula dari RM 15 dewasa dan RM 10 kanak-kanak
Lokasi
Kampung Surau Pasir, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Add to Cart
drawbridge terengganu dusk
Jambatan Angkat Terengganu
RM15.00

JAMBATAN ANGKAT

Terpanjang Dunia

Jambatan angkat ini sebenarnya jambatan angkat yang paling panjang dalam dunia.

Dan ia juga satu-satunya jambatan angkat di Asia Tenggara.

Kalau nak tahu, ia dipanggil jambatan angkat atau drawbridge disebabkan kawasan tengah antara 2 menara itu boleh diangkat bila tiba waktu kapal nak lalu.

jambatan angkat terengganu

jambatan angkat terengganu

IKON NEGERI

630 Meter

Jambatan ini tak panjang, cuma dalam 630 meter sahaja.

Tapi cukup untuk jadi ikon negeri ini yang bila malam, nampak mempesona.

Jambatan ini sebenarnya dibuat untuk menyambungkan 2 kawasan.

Satu di pusat bandar Kuala Terengganu, dan sebelah satu lagi di Seberang Takir, Kuala Nerus.

UNTUK KEMUDAHAN

Percepat ke Airport

Sebenarnya sudah ada 3 jambatan antara Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, tapi ia belum cukup.

Jambatan ini juga dibuat agar menjadi jalan mempercepatkan perjalanan dari kawasan dalam Kuala Terengganu ke lapangan terbang.

jambatan angkat terengganu

Tiket Jambatan Angkat

Harga Tiket Walk-In

Tiket Warganegara (RM)DewasaKanak2
Tiket Masuk1510
Hydraulic Tour2215
Sarung Kasut22
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 16 Feb 2025

Boleh Masuk ke Dalam Menara?

Ya. Sebenarnya anda boleh naik ke 2 menara (bertiket). Dalam kawasan menara ini ada galeri dan juga restoran.

Galerinya ada lukisan orang tempatan.

Restorannya pula semasa jambatan ini dibuka, masih belum siap lagi. Tapi kalau ikut rancangannya, boleh memuatkan dalam 200 orang dalam satu-satu masa.

Kalau anda berada di atas menara, anda juga boleh ke hujung menara-menara ini.

Kat kawasan hujung ini ada dek tinjau berlantaikan kaca. Jadi bukan sahaja boleh tengok pulau dan bandar nun di sana, tapi juga laut di kaki anda.

Waktu Galeri

Isnin – Ahad : 10.00 pg – 10.00 mlm

Layan View

Kalau anda tak mahu naik jambatan, tapi nak rasa dekat dengan lokasi ini, anda boleh naik bot untuk pusing-pusing melaluinya, dan tarikan berdekatan.

Kalau anda memang nak bergambar, pada kami, cara ini lebih baik. Sebabnya anda boleh dapat latarbelakang jambatan dengan lebih sempurna.

Untuk ambil bot ini, anda boleh pergi ke Pulau Sekati dan ambil Sekati Emas Kuala Terengganu Boat Tour.

Makan Malam

Untuk anda yang datang dengan keluarga, boleh juga ambil angin laut malam-malam sambil makan dengan pemandangan drawbridge ini, di kawasan makan sebelah Kuala Terengganu.

Namanya Taman Selera Tanjung.

Kat sini makanannya lebih kepada makanan laut — dari kerang bakar sampailah sotong celup.

Tapi bang datang untuk pemandangannya, bukan untuk makanannya.

No Drone Zone

Semasa ia baru dibuka, banyak yang guna drone untuk ambil gambar-gambar cantik jambatan ini.

Tapi sekarang, kawasan ini sudah diwartakan yang kawasan ini kawasan larangan drone.

Bukan apa. mengikut cerita, banyak drone yang terbabas melanggar menara dan kawasan cermin kaca skybridge.

Kalau anda nak juga terbangkan drone, kenalah minta kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

3 review utk Jambatan Angkat Terengganu

4.0
Berdasarkan 3 review
5 bintang
0%
4 bintang
100
100%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-3 dari 3 review
  1. Perempuan yang jaga kaunter bawah menara Galeri kena lebih mesra sikit, baru kol11 pagi dah tegang muka.

    Keje frontliner takkan tak ada training hadap customer. Naik atas kena pakai sarung kasut, buruk benar masuk gambar..

    Totally rosak teruk lah gambar.. Kalau nak jaga cermin lantai, baik suh bukak kasut je lagi bagus..

    (0) (0)
  2. One thing – where can we actually park our car? We parked kt bawah jmbatan which was way far from the look out towers.

    Not suitable for elderly sebab terpakse jln jauh.

    Yg walkway tepi bridge tuh xdok bumbung so mmg panas nk jln ke menara tinjau tuh. The view from the top was stunning. Adult Rm15 and seniors and kids Rm10.

    (0) (0)
  3. 1. Parking lot 🅿️ disediakan
    2. Boleh bawa tikar atau meja lepak2 santai bersama kawan2 atau keluarga 💃🏼
    3. View malam lebih chantikkkkkkkkk 🤩✨
    4. Sila jaga kebersihan 🗑️
    5. Weekdays tidak ramai orang

    Overall good 😊👍🏼

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Jambatan Angkat Terengganu Jambatan Angkat Terengganu
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)