LOKASI OOTD
Latarbelakang KLCC
Kalau anda nak bergambar dengan latarbelakang KLCC, ini tarikan kat Kuala Lumpur untuk itu.
Jambatan Saloma dengan gaya sirih junjung ini ada 2 tempat khas untuk anda bergambar.
Nak datang siang boleh, dan kalau nak bergambar malam pun cun.
Sebab jambatan ini dihias lebih 4000 LED warna-warni bila waktu malam.
Lampu ini bakal bertukar warna dan tema ikut musim perayaan atau cuti.
Tapi jangan datang lewat sebab waktu operasinya bukan 24 jam.
Apa pun, siapkan camera yang cantik syoknya waktu malam ya?


LAYAN LAUK NUSANTARA
Kat Kampung Baru
Dengan adanya Saloma Link, anda boleh berjalan kaki dari KLCC ke Kampung Baru, atau sebaliknya, dalam tempoh cuma 15 minit.
Kat Kampung Baru antara kedai makan best yang boleh anda cuba termasuklah Suraya Seafood, Nasi Lemak Wanjo dan Nasi Lemak Antarabangsa. Kedai lain mungkin tak sesuai untuk yang jalan kaki.
Apapun, sebelum adanya Saloma Link, kalau jalan kaki anda perlukan sekurang-kurangnya 30 minit. Dan anda mungkin tak sampai — sebab jalanraya di KL memang bahaya sebab sesak dengan kenderaan.
GAYA OVERSEA
Seperti di Georgia
Saloma link ini dibuat sama macam Bridge of Peace kat Tbilisi, Georgia yang memang jadi ikon kota itu.
Jejantas pejalan kaki Saloma Link ini panjangnya 370 m, dengan kos RM 31 juta. Dari seluruh panjang jambatan ini, 69 m dibuat merentasi lebuh raya bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH).
Jambatan ini tingginya sama macam bangunan 4 tingkat. Kawasan pejalan kakinya selebar 4 kaki dan laluan di atas AKLEH dikatakan boleh menampung 200 orang pada satu-satu masa.


LAMPU WARNA WARNI
Berbeza Ikut Tema
Kalau nak datang malam dan bergambar dengan lampu-lampunya, take note yang lampunya dibuka sekitar 7 malam hingga 12 tengah malam.
Tarikan percuma di KL berdekatan KLCC.
Ramai pengunjung di waktu malam.
Rasa annoying sikit bila terlalu ramai photographer yg offer diri utk ambilkn gambar di situ. Nk jalan2 healing pon lg stress di buatnya.
Design cantik dan unik. Dari LRT Kelana Jaya, turun Kg Baru, keluar belok kiri. Ada tangga dan lift. Lalu bawah sungai dan berdekatan tanah perkuburan Islam. Dari sini boleh terus ke KLCC.
Bersih, kemas dan salah satu trademark yang menarik jika anda berada di Kuala Lumpur.. mudah pergi dengan berjalan kaki dan menaiki grab atau teksi.. untuk parking kereta boleh cuba park di Stesen LRT Kampung Baru..
Pintasan Saloma, nama yang unik untuk sebuah pintasan. Permandangan pada waktu malam sangat mengasyikkan.
Saya menyarankan agar anda datang ke sini selepas waktu maghrib dan pada waktu malam.
Suasana pada waktu malam sangat memukau. Kawasan ini sentiasa penuh dengan pelancong. Pastikan anda menjaga barang-barang peribadi agar tidak dicuri oleh orang lain.
Kawasan ini juga ada jurugambar yang boleh ambil gambar anda ketika di sini.
Antara tempat sesuai orang KL nak healing malam.
Kami akan parking dekat LRT. Naik Saloma. Lepas tu terus turun jalan kaki menuju ke KLCC..anak2 suka. Tapi.kena balik ke LRT sbelum jam 12. Sebab isau guard bawah dah tutup grill LRT bawah tu