Jambatan Di Bawah
Di bawah jambatan Tamparuli ada jambatan untuk kenderaan.
Disebabkan oleh paras jambatan yang tidak tinggi mana dari air Sungai Kiulu, kes kenderaan di bawa arus itu bukan sesuatu yang baru.
Kisah Cinta
Kalau mengikut kisah orang tempatan, jambatan untuk kenderaan sebenarnya dibina oleh jurutera British selepas perang (sekitar tahun 1950an).
Struktur pembinaan jambatan ini terus-menerus roboh. Walau apapun yang dilakukan ia tidak dapat menahan arus sungai terutamanya pada waktu hujan.
Pada masa yang sama jurutera ini juga telah jatuh cinta dengan seorang anak dara tempatan. Akan tetapi beliau bertambah kecewa sebab bukan sahaja jambatannya roboh, tapi hatinya juga hancur apabila mendapat tahu bahawa buah hatinya bermain kayu tiga.
Pada satu hari beliau menemui seorang pawang dan bertanyakan tentang masalah jambatan beliau. Beliau diberitahu bahawa semangat sungai itu mahukan korban seorang anak dara.
Jurutera ini mengambil keputusan untuk memperdayakan kekasihnya dan menjadikannya sebagai korban — sebagai balasan kerana bermain kayu tiga dengan nya.
Kekasihnya ditanam di tiang pertama jambatan ini. Akan tetapi sama seperti kisah Mahsuri, wanita tersebut bersumpah jambatan ini akan terus roboh sehinggalah darah jurutera tersebut dialirkan di sungai itu.
Jurutera British ini akhirnya membunuh diri beliau di sungai ini.
Jadi kalau anda terdengar bawa ada yang menggelarnya sebagai Lovers River, ini adalah antara sebabnya.
Pasar Tamu
Di penghujung Jambatan Tamparuli ada sebuah pasar tamu.
Pasar ini dibuka pada setiap hari Rabu.
Kalau anda nak lihat keadaan sebuah pasar tradisi Sabah, bolehlah datang ke sini.
Waktu Operasi
Setiap Hari: 7 pg – 5 ptg
suka dengan persembahan khas sebelum mula naik jambatan, jambatan dalam keadaan baik cuma ada beberapa bahagian perlu pembaikan sedikit (papan pecah, paku terkeluar), pemandangan menarik dari atas jambatan terutamanya waktu sunset
Rombongan kami disambut dengan suku kaum Kadazan yang peramah.
Kami dihidangkan dengan persembahan tarian ringkas beserta alunan muzik yang indah sebelum meniti jambatan. Berilah sumbangan kepada mereka tanda sokongan dan membantu memelihara dan memulihara jambatan.
Jambatan berayun membuatkan kami seronok dan teruja untuk meniti ke seberang. Pengalaman yang menakjubkan dengan ijamu oleh keindahan sungai yang semula jadi. Panorama yang indah dan cantik yang akan disemadikan dalam ingatan.
SALAH KE SAYA BAGI REVIEW JUJUR?
Jambatan Tamparuli ni bukan yang Jambatan gantung tu tau!
Dia jambatan yang korang naik kereta tu. Hihi.
Banyak kisah yang saya tak pasti betul atau rekaan semata.
Nanti korang sampai Akan ada parking belah kanan sblm lalu dekat jambatan. Weekend maybe susah nak cari parking. Weekday pun bukan senang mana. HAHA.
Nanti Akan ada wakil dari Negeri Sabah tu, Akan explain dekat korang yang datang. Diaoang Akan buat persembahan jugak. TAK KENA BAYAR, TAPI COMMON SENSE LAGHHHH orang dah hiburkan korang.
AND PALING PENTING.
Dekat situ, Anjing suka duduk. Tapi Jangan risau. Anjing dekat Sabah bukan mcm dekat semenanjung ☹️
Sekian, Photographer Muslimah Malaysia.
@nurinezuha
Nothing best. Just a bridge. Untuk rasa-rasa okay lah