Jeruk Madu Pak Ali - makanan best yang wajib di penang

Jeruk Madu Pak Ali

Antara buah tangan yang selalu di bawa pulang dari Penang ialah jeruk, dan jeruk paling popular di sini ialah Jeruk Madu Pak Ali.

Jika kebanyakan jeruk Penang dahulunya dimonopoli pembuatannya oleh bangsa Cina, Pak Ali berjaya memecah monopoli ini dan mengembangkan perniagaan jeruk dengan lebih hebat lagi.

Bila anda ke Penang, anda boleh melihat jenama jeruk madu Pak Ali ini di banyak tempat. Jangan lupa singgah dan bawa pulang jeruk ini sebagai ole-ole.

Apa Yang Menarik Tentang Jeruk Madu Pak Ali

1. Ia lebih rangup dari kebanyakan jeruk bangsa Cina.

2. Jeruk Pak Ali adalah dari resepi tradisi Pak Ali dengan bantuan teknologi MARDI dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM.

3. Jeruk Pak Ali telah di eksport ke Afrika, England dan Arab Saudi.

4. Pak Ali seorang yang buta huruf tetapi boleh bertutur bahasa Inggeris, Jepun, Cina dan India.

5. Muzium jeruk oleh syarikat ini sedang dibina dan bakal dibuka untuk pelancong.

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan