Johor Premium Outlets

Tarikan Percuma

(5 review)

Kaki shopping barang branded! Bersatu! Masa untuk shopping sakan!

Anggaran Masa Utk Aktiviti
3 – 4 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Johor Premium Outlets Senai, Johor, Malaysia

FACTORY OUTLET

Antara Terawal

Bila anda kat JB, jangan lepaskan peluang untuk melawat JPO untuk membeli-belah.

Kat tempat popular ini anda boleh membeli beg tangan, kaca mata dan seluar berjenama pada harga yang jauh lebih rendah dari kebanyakan pusat beli belah di Malaysia.

johor premium outlets

johor premium outlets

OFF SEASON

Harga Jimat

Kat sini ada jenama macam Versace, Coach, Guess, Armani, Adidas, Nike, Michael Kors, Polo Ralph Lauren, Puma, Rip Curl dan sebagainya dijual dengan diskaun dari 25% sampai 75%.

Tapi sabar dulu. Jangan lompat lagi.

Perlu kami beritahu yang barang-barang berjenama ini dijual dengan diskaun sebegitu kerana ia saki-baki stok jualan yang perlu dihabiskan sebelum tiba stok musim terbaharu.

PLAN AWAL

Pakai Selesa

Apapun, pastikan anda ada masa yang banyak untuk diluangkan di sini.

Dan yang penting, jangan pakai selipar.

Bukan sebab ia kurang çlass’, tapi sebab anda tidak mahu putus urat kaki berjalan sekurang-kurangnya separuh hari masuk keluar 120 kedai di sini.

johor premium outlets

5 review utk Johor Premium Outlets

4.8
Berdasarkan 5 review
5 bintang
80
80%
4 bintang
20
20%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 5 review
  1. Jpo ok. Tapi jalan kat luar jpo nauzubillah min zalik, macam bom atom bila lalu

    (0) (0)
  2. Actually most of the time banyak barang2 dekat sini lagi murah dari kebanyakkan mall dekat JB. Kena datang waktu waktu ada sales macam merdeka or raya tapi selalu je pergi hari2 biasa, biasa ada je sales. Kena aware kat sini panas sikit jalan dekat sini sebab outdoor setting, tambahan surau dia tak best sangat. Tempat premium, surau macam mall2 kena tinggal, lepastu ada satu je. Management sila take note.

    (0) (0)
  3. Kalau nak compare dengan GPO…jauh beza choice of kedainye. Tapi sini banyak diskaun yang ada…rambang jugak kalau tak memilih sangat

    (0) (0)
  4. Tempat org kaya2, tak leh guna cash oky..
    Barang byk offer diskaun pun byk tapi harga dia mmg untuk lauk seminggu aku..
    Air minum percuma disediakan k
    Air sejuk je jagan nak harap air sedap2 tapi aku x berani nak minum.. beli air dalam mesin kotak je..
    Cs dia mmg terbaik..
    Org b40 jalan2 cuci mata je k..
    Aku x der apa nak komen sebab aku x der beli ape2

    (0) (0)
  5. Cerita ringkas =

    Kalau takde duit tidak digalakkan pergi sini ya. Untuk rakyat marhaen, ada banyak kedai yang high end dan mahal-mahal. Maklumlah “Premium Outlet” 😜💸

    Tapi ada je banyak barang murah, kena pandai cari. Kalau masuk Versace atau Gucci, mungkin akan habis beribu atau beratus 👻

    Kalau nak cuci mata pun boleh jer, tak salah 👀😭

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Johor Premium Outlets Johor Premium Outlets
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)