CENDERAMATA
Antik hingga Tradisi
Jangan pening fikir nak bawa balik apa kat Mak Ngah. Terjah sahaja Jonker Walk.
Ada keychain, magnet peti sejuk, t-shirt, gelang, poskad sampailah ke terompah kat sini.
Yang penting, duit cukup. Dan satu lagi, tapak kasut pun, boleh tahan tak menapak ribu-ribu tapak?


3 BUDAYA
Fusion
Dekat dengan tempat ini ada jalan yang orang panggil Jalan Tukang Emas atau Jalan Harmoni.
Kat sini, ada kuil Hindu, tokong Cina dengan masjid dalam satu jalan.
Letih berjalan? Singgahlah solat dulu kat Masjid Kampung Hulu.
Masjid tahun 1720an ini memang istimewa.
Sebabnya senibina masjid ini ada gaya Cina, Melayu dan Hindu.
Nak tengok mimbar masjid bentuk tokong pagoda? Datang sini.
BERGAMBAR
Scene Bersejarah
Nak selfie? Banyak sangat tempat boleh bergaya.
Cuma, masuklah dalam kedai atau cafe. Tempat ini sempit, nanti takut kena langgar dengan beca.


TARIKAN LAIN
Utk Keluarga
Dah ke sini, boleh singgah Mamee Jonker House, enjoy pemandangan sungai kat River Walk, atau masuk Muzium Baba Nyonya.
Yang suka muzik, ada Hard Rock Melaka dalam area ini juga.
Dan untuk cuci mata malam-malam boleh datang ke pasar malamnya.
Agak crowded sikit tapi biasalah kan tempat2 cenggini… susah sikit nak cari parking tapi ada tempat parking berbayar(mahal sikit) kalau nak free kena park jauh sikit kat area the shore dan jalan kaki ke sana… kalau nak cari merc untuk jalan2 banyak kat sini tapi poket mau tebal๐คฃ
Lama sungguh x pergi jonker walk. Rmi sgt manusia dekat sana, rasa nya mostly pelancong luar. Peniaga melayu x rmi, ada dlm 3, 4 org je kot. Yg lain semua chinese.
Mcmยฒ mereka jual dr makanan smpi aksesori hp, toys, tumbler, baju, dll. Apa yg menarik ialah penjual air kelapa di depan sekali…sambil bersilat dgn buah kelapa, siap pakai baju melayu tradisional!!
Dr segi harga, bg saya reasonable sbb tpt tu dh dikira tpt pelancongan. Standard la harga dia..korang kena jalan di setiap lorong yg ada juga,
Ada 1 kedai, makcik melayu & uncle cina jual ondehยฒ (halal) sedappppp giler. Lembut & gula melaka dia besar!!! Rugi hari tu beli sebungkus je…better jalan lepak sana lama sikit, sbb parking berbayar dia rm6 ๐.
Jaga ur personal belongings too sbb org terlalu ramai, takut x sedar brg korg hilang ke..Selamat Datang ke Melaka ๐
Penat Wei Jalan…Sampai penghujung Jalan tiada apa yg menarik untuk dibeli…tapi suasana meriah …seolah mcm berada bukan di Malaysia.
Lama tak ke sini. Mcm2 jenis barangan dan makanan dijual di kawasan ini. Tempat ini hanya dibuka pada pukul 6-7ptg setiap jumaat, sabtu dan ahad sahaja.