Jurassica

RM49.00

Anak minat dinosaur? Jom pi Jurassica, tarikan bertemakan dinosaur dalam Mid Valley.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 49 dewasa dan RM 29 kanak-kanak
Penting
Tarikan ini telah ditutup.
Lokasi
Midvalley KLCC, Kuala Lumpur

Ditutup sementara / kekal

TREASURE HUNT

Tema Dinosaur

Jurassica ini separuh tempat anda bermain, separuh tempat pameran yang interaktif.

Dan bila kita cakap fasal interaktif, maksudnya anak anda akan masuk, pegang patung dinosaur, cari fosil dinosaur, dan belajar tentang haiwan pra sejarah ini secara tak langsung.

jurassica

jurassica

AKTIVITI

Anak Kecil

Bila mula ke sini, anak anda akan siap dipakai vest dan diberi lampu suluh. Dan mereka akan jadi Kadet Bumi sepanjang dalam Jurassica. Kerja mereka, cari maklumat tentang dinasour — supaya dapat selamatkan bumi dari kepupusan lagi.

Dan dalam masa inilah, anak-anak anda akan buat banyak aktiviti — dari berjalan mencari info, memanjat dinding sampailah ke layan flying fox.

Bila dah habis kumpul semua maklumat atau aktiviti ini, mata yang mereka dapat akan dapat ditebus untuk dapatkan cendera mata kecil Jurassica.

Tiket Jurassica

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara4929
Pelancong Asing4929
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 20 Jan 2020

Kawasan Luas

Kalau anda rasa nak shopping sementara anak dalam Jurassica, memang idea yang baik.

Bukan apa, kat dalam Jurassica ini juga ada tempat permainan setinggi 3 tingkat.

Ada macam-macam permainan dalam kawasan ini yang buat anak tak mahu keluar.

Kat dalam tempat ini juga ada kawasan reptilia hidup. Ada binatang pelik-pelik macam katak Mossy Vietnam yang nampak sebiji macam lumut.

Kalau setakat bintang biasa macam gecko, memang anak anda boleh pegang.

Umur Sesuai

Pada kami, kalau anak anda dalam umur 7 – 10 tahun, memang cocok kalau ke sini.

Yang kecil sangat takut mereka tak faham apa pun, dan kalau terlebih besar, takut tak enjoy.

Apapun, kalau untuk umur yang kami katakan itu, macam kat Petrosains KLCC, memang lamalah mereka dalam Jurassica ini.  

Tarikan Purba

Bercakap tentang dinosaur, mungkin ini satu benda yang anda tak tahu.

Dalam Malaysia, ada kawasan yang berumur jutaan tahun, dan ada lebih lama dari dinosaur.

Kawasan itu termasuk dalam kawasan lindungan warisan dunia oleh UNESCO. Tapi anda boleh melawatnya dengan bot kalau mahu. Tempatnya? Kilim Geoforest kat Langkawi.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Jurassica Jurassica
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)