Isi Kandungan :
Dibuka pada 1971, Jurong Bird Park ini ada 4 kawasan. Di sini anda akan dapat masuk ke kawasan burung Asia Tenggara, Afrika, Amerika Selatan dan Australia dan tengok sendiri beza spesies dari kawasan-kawasan ini.
Antara tarikan utama di sini ialah kawasan burung Lory. Semasa kat sini, anda boleh berjalan di jambatan tergantung dalam hutan hijau Singapore sementara burung-burung Lory yang berwarna-warni datang untuk makan dari bekas nektar yang anda bawa.
Kalau anda nak makan tengahari bersama-sama burung kakak tua, anda boleh tempah buffet di sini sementara anda dengan keluarga gelak sebab diteman burung bijak yang boleh meniru suara orang dan melukis.
Harga Tiket
Dewasa (SGD) | Kanak-Kanak (SGD) | Warga Emas (SGD) | |
---|---|---|---|
Pelancong Asing | 27 | 18 | 18 |
Warga Spore | 25.50 | 17 | 14 |
Beli Tiket Diskaun Jurong BirdPark |
Tiket Diskaun Taman Burung Jurong
Waktu Operasi
Setiap Hari : 8:30 pg – 6 ptg