Ya. Kalau ini kali pertama anda dengar, anda mesti tanya. Apa dia kacang pool?
Sebenarnya ini makanan Arab. Tapi bila dibawa masuk ke Malaysia, sudah diubah sedikit. Apa yang anda bakal rasa ialah kacang pool (yang besar dan warna merah) disatukan dengan daging cincang, lada, limau, bawang dan telur mata. Kuah ini dilayan dengan roti bakar.
Dan kacang pool paling terkenal di JB ialah Kacang Pool Haji.
Tempat makan ini di medan selera Larkin Bomba. Jadi tidak susah mencarinya. Dan walaupun ada cawangannya di tempat lain, jangan lupa juga singgah di sini untuk merasai kacang pool haji di tempat asalnya ini.
JomJalan Seluruh JB
Senarai tempat menarik di JB
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan Johor
Layan kedai makan sedap JB