Prop OOTD

Kat sini, bukan sahaja ada kebun kelapa untuk dijadikan background tapi prop dah lengkap untuk anda bergambar.
Ada basikal tua, 15 sarang burung gergasi, piano palsu dan juga 6 buai untuk anda berposing.
Cuma kalau kat Bali ada orang yang tolong tolak, kat sini sila nyanyi dan buai sendiri.
Dan kalau pengunjung sikit, boleh rasa buai paling popular kat sini. Yang menghadap gunung Jerai dan sawah padi.
Kampung Agung juga ada jerami gulung kat sawah padinya.
Jadi boleh bergambar macam dekat Sekinchan kalau musim anda datang tepat.
Untuk yang semangat nak bergambar macam zaman dulu, boleh sewa baju dengan topi untuk buat posing macam orang kampung nak bersawah padi.
Tarikan Lain

Selain bergambar, anda juga boleh layan pemandangan kampung sini.
Sebab ia ada sawah, rumah kampung melayu, dan juga kolam yang penuh dengan bunga teratai — sama macam kampung yang selalu ada dalam iklan raya, tapi tak ramai yang merasa suasananya.
Lagipun sekali masuk, tak ada had untuk lepak berapa lama.

Untuk yang nak makan sama-sama dengan famili, kawasan Kampung Agong ada banyak pondok untuk makan gaya kampung.
Nak berbasikal atau naik kuda?
Boleh sewa.
Nak tidur sini?
Boleh juga.
Contact terus adminnya kat FB Kg Agong atau lamannya.
Ada waktu-waktu tertentu, kampung Agong ada karnival.
Rajin-rajin jenguk FB mereka untuk ambil tahu aktiviti apa yang ada.
Cuma masa karnival, orang ramai.
Takut malu pula nak posing gila-gila atau manja-manja.
Dan pada akhir 2019, kami dapat tahu yang ia dalam proses menyiapkan pasar terapung mini.
Jadi boleh lah ambil feel pasar terapung Amphawa dan Saduak kat Thailand sikit-sikit.
Penting
Kampung Agong ini letaknya kat bahagian tanah besar.
Ia kat Penaga, dan bukan dalam kawasan pulau.
Jadi kalau anda datang dari Georgetown, memang kena seberang jambatan untuk ke sini.
Jarak dari Georgetown dalam 50 minit sehala.
Jadi ada baiknya anda berkereta dan bukannya naik public transport untuk mudah pergi dan balik ke hotel nanti.
Tempat ni cantik sesuai untuk bergambar dan santai-santai layan view.
Cuma kalau pergi masa cuti sekolah memang ramai sangat orang, nak bergambar pun kena beratur . Tapi tempat untuk bergambar memang banyak .
Kebetulan masa saya pergi padi dah boleh tuai jadi dapatlah pengalaman tengok cara padi dituai . Tiket tak mahal pun dan parking pun mudah cuma bayar RM 3 sahaja untuk parking.
Entry fee RM10/person , mula2 rasa agak mahal tp bila masuk n tgok keluasan tempat dia .
Berbaloi ja sbnrnya , atas kita ja larat ka xlrt nk pusing hbih tgok smua .mmg cantik2 sgt port bergambar depa sediakan , cuma elakkan Mai time cuti supaya xberatoq ambik turn tggu port .
Hrtu kami p hri biasa pun ramai dgn rombongan , sekbek dh lewat time tu so dh pelan2 kurang org . Cuma musim2 hujan nie banyak kawasan yg lecah , kena bnykkan buat jalan khas untuk pengunjung lalu
Myeronokkn, puas hati dpt naik basikal Rm 15.00 pusing² sawah padi,
naik kuda rm 15.00..
ada air kelapa n gerai² mknan ..cucur udang ,aiscream, bederam,kraftgn, DLL
Ada majlis kenduri kahwin..kita dijemput MKN.
Ada kenderaan bawa kita pusing² sawah padi, pondok² dan tempat² unt bergambar yg menarik ..sarang burung tempua besar, kerbau DLL.
pemandangan yg indah dikelilingi pokok kelapa dgn suasana angin sepoi²n padi masak yg menguning ..cantik sgt²
rasa X nk Balik.. dok lepak di pondok tepi sawah..terlena jap dgn tiupan angin sawah.
suara burung gembala kerbau bkicauan.
kalau ada kesempatan ..nk DTG lagi..
kalau pergi masa padi masak menguning .memang cantik.fuhhh x terkata..cantik sgt .
Dalam ni dah mcm Resort, macam2 aktiviti sini yang sangat2 menarik untuk anak2.
Sambil suasana santai dan view menarik. Makanan dan minuman, sewa basikal ada dlm ni, banyak tempat stay..korang mesti datang sini. Masa dtg x ramai orang sebab weekday. Parking luas, tiket masuk rm10.
Harga masuk dewasa RM10, kanak2 RM5. Pastu utk masuk ke mini zoo just kena beli makanan haiwan RM2 utk 1bekas ada daun2 & carrot utk 5org/family.
Kalau 6org kena laa beli lg 1 bekas lagi. Tempat menarik lagi2 kat mini zoo tu bdk2 suka laa. Yg dewasa suka ambil gambar je. Kena spend time at least 2jam utk tour semua spot. Kawasan sawah so expect panas ya. Sila bawa kipas kalau xnak ketibas ✌️