piano di kampung agung pulau pinang

Kredit : nadjsafoura

Kampung Agong

Rasa suasana kampung, dan OOTD puas-puas kat Kg Agong

Siapa sangka, kat Penang ada kawasan yang nama dan suasananya sempoi. Macam dalam iklan hari raya.

Namanya Homestay Kampung Agong, Bakar Kapur.

Kawasan homestay ini luas — 10 hektar, dan kawasannya landai. Jadi kalau bawa orang tua atau anak kecil boleh biar mereka ambil angin sendiri. Dan disebabkan saiznya yang besar, kawasan bergambar ada merata. Larat tak larat berjalan saja.

kampung agung pulau pinang

Kredit : syiera.osh

Kampung Agong ini sebenarnya dibuka hanya sekitar Ogos 2019. Tapi sebab viral sangat, kawasan ini akhirnya jadi sama macam Pulau Jerejak dan juga Kokol Hill, yang ramai masuk untuk bergambar buat memori penuhkan IG.

Prop Untuk OOTD Dah Siap

Kat sini, bukan sahaja ada kebun kelapa untuk dijadikan background tapi prop dah lengkap untuk anda bergambar.

Ada basikal tua, 15 sarang burung gergasi, piano palsu dan juga 6 buai untuk anda berposing. Cuma kalau kat Bali ada orang yang tolong tolak, kat sini sila nyanyi dan buai sendiri.

buai kampung agong pulau pinang

Kredit : wenhui_yeoh

Dan kalau pengunjung sikit, boleh rasa buai paling popular kat sini. Yang menghadap gunung Jerai dan sawah padi.

Kampung Agung juga ada jerami gulung kat sawah padinya. Jadi boleh bergambar macam dekat Sekinchan kalau musim anda datang tepat.

Untuk yang semangat nak bergambar macam zaman dulu, boleh sewa baju dengan topi untuk buat posing macam orang kampung nak bersawah padi.

Tarikan Lain kat Kampung Agong

kampung agung penang

Kredit : tbmh_

Selain bergambar, anda juga boleh layan pemandangan kampung sini. Sebab ia ada sawah, rumah kampung melayu, dan juga kolam yang penuh dengan bunga teratai — sama macam kampung yang selalu ada dalam iklan raya, tapi tak ramai yang merasa suasananya.

Lagipun sekali masuk, tak ada had untuk lepak berapa lama.

Untuk yang nak makan sama-sama dengan famili, kawasan Kampung Agong ada banyak pondok untuk makan gaya kampung.

Nak berbasikal? Boleh sewa. Nak tidur sini? Boleh juga. Contact terus adminnya kat FB Kg Agong atau lamannya.

jalan kat kampung agong pulau pinang

Kredit : tbmh_

Ada waktu-waktu tertentu, kampung Agong ada karnival. Rajin-rajin jenguk FB mereka untuk ambil tahu aktiviti apa yang ada. Cuma masa karnival, orang ramai. Takut malu pula nak posing gila-gila atau manja-manja.

Dan pada akhir 2019, kami dapat tahu yang ia dalam proses menyiapkan pasar terapung mini. Jadi boleh lah ambil feel pasar terapung Amphawa dan Saduak kat Thailand sikit-sikit.

Asal Usul Kg Agong

Nama Agong ini sebenarnya merujuk kepada pemilik tanah ini satu masa dulu.

Kata orang kampung, pemiliknya, Ang Peng Tiam digelar Agong sebab saiz kawasan tanah miliknya luas. Tapi sebenarnya, nama itu datang dari nicknamenya — Ah Gong. Lama-lama terus jadi Agung.

sawah padi kampung agong

Kredit : khurayra

Owner Muda

Percaya atau tidak, pengurus dan pemilik Homestay Kampung Agong ini muda saja. Beliau cucu kepada Ah Gong, dan namanya Ang Ee Zhan.

Sewaktu membuka kawasan ini untuk lokasi OOTD dan tarikan baru Penang, umurnya baru 17 tahun.

Penting

Kampung Agong ini letaknya kat bahagian tanah besar. Ia kat Penaga, dan bukan dalam kawasan pulau. Jadi kalau anda datang dari Georgetown, memang kena seberang jambatan untuk ke sini.

Jarak dari Georgetown dalam 50 minit sehala. Jadi ada baiknya sewa tour satu kereta untuk mudah pergi dan balik hotel.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 6ptg

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Book Tour ke Kg Agong
Warganegara53
Pelancong Asing1212
Sewa Basikal55
Sewa Pondok5 (satu pondok)

Peta Lokasi

Center map
Get Directions