Kampung Budaya Mari Mari

RM110.00

(5 review)

Ini tempat tarikan untuk anda jumpa kaum pemenggal kepala dan rasa gaya hidup mereka.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1-2 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 110 dewasa dan RM 100 kanak-kanak utk warganegara
Lokasi
Kampung Budaya Mari Mari, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah

Add to Cart
tarikan budaya di sabah termasuklah kampung budaya mari mari
Kampung Budaya Mari Mari
RM110.00

BUDAYA

Kaum Asal Sabah

Kampung Budaya ini adalah satu lagi Kampung Budaya di Sabah selain daripada Monsopiad.

Tempat ini jaraknya 25 minit dari bandar Kota Kinabalu dan ia ada 5 rumah tradisi orang asal Sabah iaitu Bajau, Lundayeh, Murut, Rungus dan Dusun.

Mari-Mari ini lebih kepada tempat melihat budaya hidup sehari-hari kaum-kaum ini.

Bukan sahaja anda boleh jalan masuk ke rumah mereka melalui tangga tangga curam dan tangga bertakuk, anda juga boleh lihat kehebatan mereka hidup di hutan.

demosntrasi di dalam rumah panjang kampung budaya mari mari

memasak cara orang asli sabah di kampung budaya mari mari

GAYA HIDUP

Boleh Belajar

Nak makan dalam hutan?

Mereka boleh tunjukkan cara mereka menghidupkan api tak sampai seminit.

Nak cantik? mereka boleh tunjukkan dari mana dan bagaimana mereka buat tatu di badan mereka.

Nak merasa pakai seluar pendek ranggi?

Orang Murut akan tunjukkan caranya buat cawat hutan dari A ke Z.

Untuk abang-abang yang tak boleh berenggang dengan rokok, kat Mari Mari abang boleh cuba rokok daun dan juga gulung tembakau orang asli Sabah.

Kita tengok mana yang lagi power.

Tiket Kampung Budaya

Harga Promo

Tiket Promo Online
Potongan Harga
0%Tempah
0%Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Pakej (RM)DewasaKanak2
Warganegara110100
Pelancong Asing130110
Harga pakej normal dikemaskini sehingga : 10 Feb 2025

Budaya Orang Asal

Anda di sini anda juga akan belajar tentang kehidupan mereka. Dan tengok sendiri yang hidup mereka ini amat berbeza dari hidup orang Semenanjung.

Orang bujang yang datang ke sini akan kurang mengeluh dan banyak bersyukur.

Sebab kalau nak kahwin sekarang susah, orang Murut dulu mungkin lebih susah.

Sebabnya satu.

Semasa dulu kalau orang Murut nak berkahwin, mereka perlu menghantar hantaran berupa kepala musuh kepada bakal mentua.

Senang cerita kaum ini dulu mahukan anda betul-betul jantan sebelum mengahwini anak mereka.

Headhunter

Bila kat sini anda akan dapat lihat tengkorak tengkorak musuh Kaum Murut yang pernah dipancung oleh datuk nenek mereka dahulu.

Bersyukur juga yang anda boleh datang melihat dan balik ke hotel tidur dengan kepala masih bersambung dengan badan.

Dan untuk pengetahuan anda dalam banyak-banyak kaum kaum yang terakhir menghentikan kegiatan headhunter ialah Kaum Murut.

Senang cerita, sepanjang ada di sini anda dikelilingi satu bangsa yang dulunya amat digeruni bukan sahaja oleh suku kaum lain tetapi juga oleh penjajah Borneo.

Dan pengalaman anda kat sini adalah satu pengalaman baru yang tidak boleh diimpikan oleh orang zaman dahulu sekalipun dia seorang pengembara hebat.

Waktu Operasi

Hanya Sabtu & Ahad / Cuti Umum

5 review utk Kampung Budaya Mari Mari

5.0
Berdasarkan 5 review
5 bintang
100
100%
4 bintang
0%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 5 review
  1. Pada pelancong yang datang dari luar Sabah, silakan berkunjung ke MMCV. Kenali adat resam serta budaya bangsa-bangsa besar yang ada di Sabah.

    Keunikan negeri di bawah bayu adalah sebuah negeri yang diduduki oleh pelbagai bangsa namun hidup dalam harmoni. Di MMCV, ketibaan kita disambut mesra oleh staff yang bertugas.

    Sesi pendaftaran yang sangat cepat dan paling penting ada QR Pay. Setiap kumpulan akan di ketuai oleh seorang tour guide yang berpengetahuan dan sedia untuk membantu juga menjawab soalan yang ditanya.

    Di MMCV juga kita dapat merasa makanan/minuman tradisional suku kaum. Jangan lupa cuba semua aktiviti tradisional selagi ada peluang. Barangan pameran semua diperbuat mengikut rekabentuk asli.

    Mungkin perlu sedikit penambahbaikan dari segi cenderamata. Persembahan yang sangat unik mengakhiri jelajah di MMCV. Abang-abang semua tagap-tagap, kakak-kakak semua pun manis ayu mempersembahkan tarian.

    Makanan petang sebelum balik juga disediakan. Keep it up MMCV semoga terus maju. Terima kasih atas layanan dan kenangan yang diberikan.

    (0) (0)
  2. Guide & staff peramah.View cantik & persembahan tarian terbaik.Makanan sedap.

    Pengalaman baru melompat di atas Lansaran,rumah murut Tahol.Tqsm Mari Mari Cultural Village atas layanan terhadap team B’Nature Brumas,Tawau.

    (0) (0)
  3. Pengalaman yang sangat menyeronokan, banyak pengetahuan yang sya dapat mengenai rumah2 tradisional dan bangsa yang ada di sabah seperti dusun, bajau, lundayeh, rungus dan murut. Staff di sini sangat baik dan mesra. Persembahan pun menyoronokan dan memuaskan. Ada henna free jugaa ^^

    (0) (0)
  4. Berbaloi dengan bayaran. Tourist guide yg baik & ramah. Dpt melihat adat resam kaum di negeri Sabah.

    Setiap lawatan ke rumah-rumah ini disertakan dengan sample makanan & minuman yg berkaitan seperti madu kelulut, air kopi, air pandan, dll.

    Antara yg menarik adalah rumah kaum murut. Betul-betul warrior. Tidak rugi untuk membuat lawatan ke sini.

    (0) (0)
  5. Pengalaman yang menarik dan unik..kami sangat beruntung kerana tour guide..encik Shahril@aril menyantuni kami dengan sangat baik..mesra dan berinformasi..

    semoga mari mari culture village memberi penghargaan khas buat staff yang sangat cemerlang ini..ingat Shahril..ingat mari mari❀️❀️❀️

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Kampung Budaya Mari Mari Kampung Budaya Mari Mari
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)