Kampung Budaya Monsopiad

RM55.00

Nak tengok mangsa pancung pahlawan Kadazan di tanah Borneo? Kalau ya, silalah datang ke Kampung Budaya Monsopiad.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
45-60 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 55 dewasa dan RM 35 kanak-kanak (warganegara)
Jarak Dari Kota Kinabalu
15 km / 25 min
Lokasi
Kampung Kuai Kadazan, Tanjung Aru, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah

Add to Cart
monsopiad village fire attempt
Kampung Budaya Monsopiad
RM55.00

KOMPLEKS

Budaya Bawah 1 Bumbung

Mengambil nama seorang pahlawan Kadazan, kompleks ini menyimpan khazanah budaya kaum Kadazandusun — dari kraf, senjata dan makanan mereka hinggalah aktiviti sehari-hari kaum ini.

Kat kompleks budaya Kota Kinabalu ini juga anda boleh belajar lebih mendalam tentang Bobohizan — bomoh perempuan yang kerap dilantik untuk memuja semangat tanaman.

Dia juga “doktor” hutan untuk kaum ini.

kampung budaya monsopiad

kampung budaya monsopiad

AKTIVITI

Tengok & Turut Serta

Selain dari Bobohizan, anda juga bakal mendengar cerita tentang lagenda Monsopiad — pahlawan yang digeruni dan dikatakan telah mengumpul lebih dari 40 tengkorak musuh yang telah ditewaskannya.

Kalau itu belum cukup, anda boleh melihat tarian tradisional mereka, belajar menyumpit, melastik, memarut batang sagu dan merasa rangupnya ulat sagu.

Tiket Kampung Budaya Monsopiad

Harga Tiket Walk-In

Harga Tour (RM)DewasaKanak2
Warganegara5535
Pelancong Asing6545
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 6 Jan 2023

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9:00 pagi – 4:30 petang

Waktu Persembahan

Sesi Pagi

  • 11:00 pagi

Sesi Tengahari

  • 2:00 ptg

Waktu Lawatan Berpandu

Sessi Pagi

  • 9:00 pg
  • 10:00 pg
  • 11:30 pg

Sessi Petang

  • 12:00 tgh
  • 1:00 ptg
  • 2:30 ptg
  • 3:00 ptg
  • 4:00 ptg