Isi Kandungan :
Di sini anda boleh merasa menaiki jambatan buluh dan masuk ke rumah panjang Bidayuh dan melihat pelbagai peralatan tradisi mereka.
Anda juga boleh berjalan masuk ke pelbagai replika rumah etnik di Sarawak, termasuklah ke dalam sebuah rumah mesyuarat kaum Bidayuh yang dipanggil Baruk.
Tempat ini bukan saja diguna untuk perjumpaan penting tetapi juga tempat meletak kepala-kepala musuh yang telah dipenggal dan menyimpan senjata-senjata penduduk yang tinggal di rumah panjang.
Tetapi mungkin kerana tiket masuk ke sini agak mahal, perkampungan di kaki Gunung Santubong ini lebih popular di kalangan pelancong asing berbanding tempatan.
Jarak Dari Kuching
45 minit perjalanan
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Tiket | 60 | 30 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2022 |
Waktu Persembahan
Setiap hari : 11:30 pg & 4:00 ptg