Bila ke sini, jangan lupa pi Villa Sentosa — sebuah rumah yang diubahsuai menjadi muzium kecil.
Kat sini, anda bakal berjumpa dengan waris Dato Haji Hashim yang dulunya orang yang meneroka kawasan ini.
Anda bukan saja boleh melihat sendiri uniknya rumah tradisional Melaka, tetapi boleh tengok sendiri koleksi barangan peribadi dan barangan antik yang disimpan rapi oleh pemilik rumah.
Masuk percuma.
Tapi, sumbangan ikhlas memanglah dialu-alukan.
Nota : Kalau anda mahu tengok kecantikan rumah Melayu di luar bandar Melaka, anda boleh ke rumah Demang Abdul Ghani di Merlimau.
Homestay & Workshop
Datang berkeluarga?
Kampung Morten ada beberapa buah homestay yang dibuka untuk pelancong yang datang berkumpulan.
Tukang & Kraf
Kalau anda rajin bertanya dan meronda, akan mungkin akan berjumpa dengan tukang keris dalam Kampung Morten ini.
Ada juga penduduk yang mengusahakan kraf pembuatan model rumah Melayu lama.
Cumanya, kawasan rumah mereka adalah bengkel tempat mereka bekerja. Kalau nak melawat, jangan sampai mengganggu ofis mereka ini.
Review
Jadi yang pertama beri review
Masukkan ulasan
Kampung Morten
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Email
* Email is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)
Review
Jadi yang pertama beri review