Kampung Naga

Jika anda ingin melihat cara hidup tradisi masyarakat Jawa Barat dengan struktur rumah tradisi dan dikelilingi bumi menghijau, jangan lupa ke Kampung Naga 111 km dari pusat bandar Bandung.

Kampung Naga - tarikan best indonesia

Di kampung Neglasari (atau Kampung Naga) di Tasikmalaya ini anda akan dapat melihat kampung tradisi Sunda seluas 1.5 hektar yang masih dihuni oleh lebih 300 keluarga yang memegang kuat adat mereka.

Kampung Tradisional Sunda

Atap rumah di sini dibuat dengan daun nipah, dan lantainya diperbuat dari buluh yang diraut. Sehingga kini, kawasan berbukit ini kekal dengan 111 buah rumah, tidak menggunakan perabot, elektrik ataupun sebarang perkakasan elektronik.

Dihuni oleh penduduk yang rata-ratanya mengaku Muslim, kampung ini diberi nikmat sawah padi menghijau, sungai Ciwulang yang sentiasa mengalir dan udara yang segar — nikmat yang dicemburui oleh ramai pelancong asing.

Seperti masyarakat adat lainnya, walaupun mereka beragama Islam, mereka masih memegang kuat adat-adat lama mereka. Oleh itu, kampung ini ditutup kepada orang awam pada hari tertentu sewaktu mereka mengadakan upacara kesyukuran kepada Tuhan dan nenek moyang.

Ibadah Agama Yang Pelik

Di sini, walaupun mengaku Islam, mereka hanya solat lima waktu pada hari Jumaat. Pada hari lainnya, solat tidak ditunaikan. Ibadah haji juga, pada mereka tidak wajib dibuat di Mekah.

Kepercayaan kepada makhluk halus seperti pontianak dan penjaga sungai juga sangat kuat di kalangan mereka.

Waktu Operasi

Tutup: Selasa, Rabu, Sabtu

Cara Ke sini

Anda dinasihatkan untuk mencari pemandu pelancong tempatan jika ingin ke sini. Ada beberapa peraturan yang perlu diikut dan ada tempat yang mana anda tidak boleh berfoto di kampung ini.

Kredit : 1hal, Kompas, Wikimedia